Sunday, January 22

Adam Adli Hina Pensyarah Dan PM?!!!



Jalan-jalan di 9gag.com semalam terjumpa gambar protes jalanan oleh mahasewel belaan dan anjing-anjing kurap Anwar Al -Kazib.Demi seorang mamat yang cinta dan sayangkan perjuangan Anwar, mahasiswa ini berkumpul dan berprotes menunjukkan wajah-wajah kartun Najib dan Profesor-profesor UPSI dan membuat lakonan bodoh kononnya UPSI telah menzalimi Adam Adli.

Pelbagai komen pujian dan bangkangan ditulis di laman 9gag itu oleh ramai golongan mahasiswa .Ada yang memuji tindakan mereka ini dan tidak kurang juga yang mengeji tindakan ini kerana memalukan negara kerana memperlihatkan budaya buruk kepada beberapa pelancong asing yang mungkin tertanya -tanya apa yang sedang berlaku.Tujuan mereka ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memalukan kerajaan sedia ada dan menghina golongan ilmuwan yang mengajar di UPSI.

Beginikah generasi mahasiswa jalanan yang hendak dilahirkan bagi menerajui negara suatu hari nanti ?? Dengan menggunakan laras fikiran yang sangat sempit mentalitinya,terus menyalahkan kerajaan dan pihak universiti terhadap hukuman yang dikenakan kepada Adam Adli.Fikirkan dahulu,apa yang sudah budak ini hasut kepada para mahasiswa dan memalukan wajah universitinya sendiri?? Sepatutnya, dibuang sahaja budak sebegini kerana dia lebih suka berpolitik dari nak belajar.Namun, universiti sangat baik hati,hanya gantung sahaja pengajian selama 3 semester.Itu pun tak bersyukur!! Masih mahu lagi ke sokong budak macam ini??Keris Pusaka

1 comment:

  1. MKP,

    mereka ni tidak layak sama sekali dipanggil MAHASISWA krn gelagat mrk sedikitpun tidak menunjukkan mrk orang yg berilmu, malah lebih bodoh dari haiwan yg tahu jugak membezakan siang atau malam!!

    sudahla mrk melanggar segala peraturan universiti, mrk juga melanggar tatasusila sebagai orang Melayu yg penuh budi bahasa. jika kita amati, mereka ini merupakan anak2 yg kurang kasih sayang, kurang perhatian, kurang bijak dlm pelajaran & kurang nilai2 Islam dlm diri mrk. sebab itulah mereka bertindak di luar jangkaan kita sebagai umat Melayu Islam.

    marilah kita sama2 berdoa agar mereka diberi hidayah utk kembali ke pangkal jalan supaya mrk sedar nasib untung diri mrk & keluarga yg mengharapkan mrk. budak2 ni nanti kalau menjadi orang dewasa, mereka akan menjadi dewasa yg penuh dgn masalah diri...

    ibubapa mengaharapkan anak2 manjadi insan kamil, jauh dari sikap kurang ajar, biadap & celupar krn itu semua mencerminkan ajaran ibubapa sendiri. namun mereka ini gagal menjaga nama baik ibubapa & keluarga masing2 bila berlaku biadap hingga menjatuhkan nama baik pelajar universiti & ibubapa2 yg lain.

    jika UPSI wujud sekian lama utk melahirkan warga pendidik yg berjiwa murni & luhur utk mendidik anak bangsa sesuai dgn mottonya 'IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN', tp wujudnya golongan pemberontak ini mencalar imej dulunya MPSI, kemudian IPSI & kini UPSI. ambo pernah berkursus di situ (IPSI) & berjaya ke UK selepas kursus tersebut. tp tak sangka, ada juga segelintir bakal guru yg menjatuhkan maruah & nama GURU yg begitu sinonim dgn gelaran pendidik, pengajar, pengasuh, pembimbing & pendamping bagi anak2 di sekolah.

    mereka yg gagal menjadikan diri mereka guru sejati ini ibarat kerbau yg membawa lumpur, nila nan setitik atau bangkai yg hanyut!!

    mereka sangka 'perjuangan' mereka 'suci', pendekatan mereka 'murni' & luahan perasaan mereka mewakili majoriti bakal guru @ mahasiswa yg ada, sedangkan berapa kerat sangatlah yg turun berdemo bagai orang hilang akal dibandingkan dengan yg waras - bertungkus lumus mencari ilmu, mentelaah demi kejayaan masa depan masing2?

    berapa ratus ribu mahasiswa yg ada di seluruh negara? berapa pulak yg suka turut berdemo ni? buatlah perbandingan & kita tahu siapa2 disebalik gelagat buruk mrk ini...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.