Sunday, January 22
Apa Bezanya Liwat Dan Hina Sultan?
Rakyat yang teruja terhadap dua kes mahkamah yang menjadi perhatian sebelum ini. Pertama kes melibatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diperintah membela diri terhadap tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.
Dengan keputusan tersebut mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskan Karpal tanpa membela diri.
Ingatan rakyat Malaysia terhadap kes itu masih segar. Ini kerana banyak aduan polis dibuat terhadap Karpal. Isu tersebut menggemparkan kerana ramai yang menyifatkan Karpal bersikap keterlaluan dan biadap terhadap Sultan Perak. Sebagai warga negara yang cintakan Perlembagaan dan Raja, Awang lega kerana masih ada ruang untuk mahkamah sekali lagi mengadili Karpal.
Berdasarkan pandangan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, kenyataan Karpal cenderung menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati serta kebencian rakyat terhadap Sultan Perak. Menurut panel itu lagi, hakim bicara kes itu terkhilaf ketika melepas dan membebaskan Karpal kerana mungkin tidak jelas dengan apa yang dicari ketika mendengar kes.
Tetapi jelas tentang batas-batas adab sopan antara raja dan rakyat. Apatah lagi jika ia berkaitan kuasa prerogatif (hak istimewa) Raja atau Sultan sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan.
Kedua, melibatkan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang Karpal juga merupakan peguam bela utama. Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pada 9 Januari lalu, Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan itu kerana tidak cukup bukti. Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak daripada orang ramai hinggalah kepada pemimpin pembangkang sendiri.
Majoriti rakyat Malaysia lega kerana pintu mencari keadilan buat Saiful masih terbuka. Beliau pernah membuat sumpah laknat di masjid, yang Anwar sehingga hari ini enggan berbuat demikian. Keluarga Saiful, banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengharapkan Peguam Negara, Abdul Gani Patail menyegerakan rayuan.
Tindakan mengemukakan rayuan dibuat bukan semata-mata atas desakan banyak pihak tetapi kes itu mempunyai merit untuk diangkat ke peringkat rayuan. Tahniah kepada Gani Patail kerana mengambil keputusan yang tepat biarpun tidak disenangi Majlis Peguam. .
Seperti dijangka, Anwar akan mempolitikan kes tersebut dan mengheret rakyat untuk menyelamatkan beliau. Senario itu nampaknya berulang.utusan
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.