Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng Umno' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? Gua harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu!
Cuba perhatikan jumlah kerusi yang lebih banyak dari penonton yang datang mendengar ceramah walaupun majlis sudah bermula (Mat Sabu pun sudah berada di atas pentas)... Benarkah ini kekacauan yang tidak diduga atau PLAN B1 yang dirancang oleh Chegubard sendiri - operasi menebus malu sekiranya tidak cukup ramai penonton yang hadir??
Tetapi apakah anda tahu bahawa Kg Jln Kebun merupakan kubu kuat orang Melayu yang mana 100% nya adalah orang Melayu dan tidak ada seorang pun bangsa India yang menetap di Kg Jln Kebun.
Mengapa Pakatan mengadakan program HINDRAF di Kg Jln Kebun sedangkan kawasan tersebut 100% orang Melayu? Dan mengapa program Hindraf diadakan pada waktu Maghrib? Apakah anda nampak motif utama mereka?
Pakatan tahu Kg Jln Kebun lubuk Melayu dan Pure Melayunya. Malah itulah kubu Kuat Melayu yang sememangnya tidak dapat ditembusi oleh pihak luar sama sekali sejak dulu dan sehingga sekarang ini. Jadi dengan membawa HINDRAF masuk ke dalam kawasan 100% Melayu dan mengadakan program waktu Maghrib adalah satu perbuataan yang sebenarnya dilihat untuk mencetuskan sentimen perkauman dan menyemarakkan semula HINDRAF di Malaysia agar menentang Kerajaan khususnya UMNO.
Sekarang ini Pakatan PAS, DAP, PKR melalui media upahan mereka memainkan video tersebut yang mana seolah olah UMNO dalang dalam pergaduhan tersebut. Hakikatnya mereka Pakatan lah yang mencetuskan pergaduhan tersebut kerana dilakukan didalam sebuah penempatan yang 100% Melayu.
Banyak lagi lokasi lain yang boleh pihak Pakatan mengadakan program HINDRAF. Malah didalam Parlimen Kota Raja ada banyak lagi dewan dan di dalam kawasan masyarakat India juga terdapat dewan kerajaan Negeri. Kenapa tidak diadakan program tersebut didalam kawasan penduduknya India dan mengapa perlu dikawasan yang 100% nya Melayu.
Suhaimi Shafie Adun Sri Muda dari PKR turut melahirkan rasa kecewa berhubung pekara tersebut dan meminta pihak penganjur iaitu Chegubard bertanggungjawap diatas apa yang telah berlaku. Beliau juga turut menyatakan tidak mengetahui program Hindraf yang dianjurkan oleh Chegubard. Chegubard juga tidak langsung meminta kebenaran dari beliau untuk mengadakan program malam tadi.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.