Sunday, January 22

KAIN RENTANG @ZambryAbdKadir DiSabotaj Lagi.



Perbuatan tidak bertamadun ini membongkarkan bahawasanya DS  Dr Zambry kini telah diterima oleh semua pihak di Perak.Inilah semangat orang muda yang membuta tuli mengoyak KAIN RENTANG dek kerana upah yang tidak seberapa.
Tidak habis-habis perasaan busuk hati dan dengki beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir. Selepas insiden membakar poster wajah Menteri Besar di Kampung Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai dan simbah cat merah pada papan tanda dewan orang ramai Kampung Changkat Ibol, unsur sabotaj membabitkan pemimpin nombor satu negeri Perak itu kini menular pula ke bandaraya Ipoh.
Kain rentang tertera ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012 yang dipasang atas jejantas berdekatan SMK Sam Tet menjadi mangsa vandalisme di mana poster bahagian mulut DS Dr Zambry dan DS Saripah Zulkifli telah ditoreh dan dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perbuatan khianat itu menunjukkan ada pihak tidak senang duduk dengan kelantangan DS Dr Zambry  bersuara khususnya membabitkan parti pembangkang PAS dan DAP. Ini ditambah dengan usaha yang tidak mengenal jemu kepimpinan DS Dr Zambry untuk membangunkan Perak. Kita boleh mengagak siapa di sebalik dalang di sebalik kejadian di atas, cumanya golongan terbabit tidak mempunyai telur untuk mengakui perbuatan dayus mereka.CTS

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.