ini adalah provokasi murahan yang telah dibuat oleh Chegubard kononnya berceramah dirumah ketua cawangan UMNO Tomoh Tapah.tiada bukti yang disertakan hanya gambaq ini sebagai bukti yang tidak sahih kenyataanya.Jika benar dakwaannya apa salahnya?
UMNO tidak pernah membuang ahlinya seperti PAS dan PKR kecuali melanggar apa yang telah ditetapkan oleh Parti Keramat UMNO. Walaupun mengutuk pemimpin sekali pun.PAS dan pakatan rakyat lebih kejam terhadap ahlinya jika ini dijadikan bahan berita dari pihak yang menyatakan tomahan walaupun bukti yang tidak jelas dan sahih.hanya PKR pecat ahli tanpa bukti yang sahih,berikut adalah laporanya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengheret partinya sendiri ke mahkamah apabila memfailkan permohonan untuk menghalang tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti tersebut.
Permohonan itu difailkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 31 Mei.
Turut difailkan ialah perintah larangan untuk menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga kes tersebut selesai.
Peguam-peguam PKR N. Surendran, Fadiah Nadwa Fikri, Latheefa Koya dan R. Sivarasa mewakili kes itu dengan menamakan ROS selaku responden.
Berdasarkan alasan permohonan, pemohon mendakwa notis ROS bertarikh 9 Mei lalu agar PKR memberi sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan kerana didakwa memecat seorang ahli, A. Jayagopal secara salah adalah tidak sah kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku.
Pemecatan tersebut dilakukan atas alasan Jayagopal telah melanggar pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding selaku calon bebas menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.
Sementara itu, A Jayagopal mendakwa beliau masih ahli PKR dan kini sebagai Ketua Cawangan PKR Pokok Sena kerana tidak pernah menerima surat pemecatan dari ibu pejabat PKR.
“Parti (PKR) tidak beri surat kepada saya. Mengapa tidak beri surat? Kerana mereka takut jika saya membawa surat itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Saya terima surat yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pada 2009 yang mengatakan saya bukan ahli PKR.
“Ini surat apa ? Tetapi tidak ada sekeping surat pemecatan dihantar kepada saya, Saya tahu, Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR waktu itu buat sidang akhbar memberitahu pemecatan saya tetapi surat tidak diberi kepada saya,” katanya seperti dilapor FMT.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.