Monday, February 20

GEMPAR KUALA KETIL BAH KERANA BALAK PAS?



TIDAK dinafikan hutan mempunyai nilai kormesial dan ekonomi. Hutan membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber pendapatan penting bagi negara. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Aktiviti ini telah mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar. Eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan dan sebagainya telah menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Keadaan Banjir di salah satu kampung di Kuala Ketil Baling. Adakah banjir ini berpunca oleh penebangan balak yang semakin berleluasa di Baling yang didalangi oleh Parti Pas?




Kita harus sedar bahawa sumber bekalan air negara kita datang dari sungai, laut, kolam dan tasik. Air boleh dicemari melalui hakisan tanah akibat penebangan hutan. Penebangan hutan akan menyebabkan berlaku hakisan tanah dan seterusnya hakisan tanah ini akan memasuki sungai. Mendapan akan terbentuk di mana akan menyebabkan pula paras sungai semakin cetek dan ia boleh meningkatkan risiko berlakunya banjir.


Ketua Pemuda UMNO BHGN. Baling merangkap Penyelaras Kuala Ketil.Saudara Khairul Azhar baling menyampaikan bantuan.MKP nak tanya jugak mana pi Ahli Parlimen ????


MAKLUMAT
 
NamaTaib Azamudden bin Md Taib, Y.B. Dato' Haji
Jawatan dalam KabinetTiada
PartiPAS
ParlimenP016
KawasanBaling
NegeriKedah
No. Telefon04-4706 787
No. Fax04-4706 787
E-Mailbaling@parlimen.gov.my / parlimenbaling@gmail.com
Alamat Surat-menyuratPusat Khidmat Ahli Parlimen Baling (PUSKAB) V4 Bangunan MDB Jalan Syed Sheikh 09100 Baling Kedah Darul Aman


Jikalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi amonia, nitrat dan fosfat.


Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan. Rakyat Baling pulak menanggung beban kerana kerakusan PAS Kedah menggondol hasil bumi ini.Demi keuntungan kepada proksi, PAS sanggup menggadaikan keselamatan rakyat Baling.   

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.