Tuesday, February 14

Guan Eng Sambut Velentime Bersama Umat Islam Penang?


Pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik, meraikan Hari Valentine dengan mengedarkan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada pengunjung-pengunjung di Chowrastar, di Penang. CTS tidak kisah sekiranya beliau ingin menyambut perayaan berkenaan dengan bukan Islam. Tetapi kenapakah LGE dan Kerajaan DAP Penang tidak sensitif dengan pengharaman kepada Umat Islam untuk menyambut hari berkenaan?

Bukankah tindakan beliau mengajak Umat Islam untuk meraikan Hari Valentine adalah satu tindakan menghina Islam dan penganutnya? Bukankah DAP juga yang sebelum ini menyalak dengan menuduh PERKASA tidak sensitif dengan kaum Cina apabila PERKASA menyumbangkan ang pow bersampul putih ketika Tahun Baru Cina yang lepas? Kalau kaum Melayu tidak sensitif dengan adat masyarakat Cina, DAP boleh menyalak. Kenapa Umat Islam harus berdiam diri ketika LGE menghina mereka dan hukum hakam Agama mereka? Apakah LGE yang tinggal berpuluh tahun di Malaysia tidak mengetahui sambutan Hari Valentine adalah haram disambut oleh Umat Islam?  BACA SETERUSNYA CTS


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.