Tuesday, February 14

PAS TANJONG MARAHKAN KALPAL SINGH.


Pas Tanjong hari ini telah membuat satu demo dihadapan Komtar pada tengahari tadi menyatakan ketidak puas hati mereka dengan sikap yang ditujukkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.


Kenyatan itu mengenai tuntutan karpal supaya tidak menghalang sambutan hari Valentime yang jelas menghina Islam.


Pengerusi Pas Kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.


Surat bantahan yang diserahkan kepada Guan Eng.ditulis sendiri mengunakan tangan.


Jelas menunjukkan ahli PAS tidak setuju tindakkan DAP 


depa dok sembang deras kata ini negara islam akan tepai bila kena teguq sikit dengan DAP terus kecut teloq.

“DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.
 “DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik. “Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam.
 Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. “DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.
 Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
 Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.
 Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas menggesa Kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak moral. Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari ini.

Sumber berita oleh  Saikopen Saiko

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.