Parti Tindakan Demokratik hari ini mengundang kritikan apabila “membebaskan” Ahli Parlimen Taipingnya daripada tuduhan salah laku berhubung pemberian kontrak Dewan Bandaraya Ipoh kepada isteri beliau semasa Pakatan Rakyat menerajui Perak.
Dalam kes yang mirip kepada isu kondo dan lembu Pusat Fedlot Kebangsaan NFC, Nga Kor Meng diikritik hebat apabila syarikat milik isterinya diberikan sebuah kontrak membekalkan kemeja rasmi kepada Ahli Majlis DBI pada tahun 2008.
Susulan pendedahan itu oleh sekupang dua, Nga menafikan kontrak berkenaan diberikan kepada isterinya menerusi pengaruh beliau selaku Setiausaha DAP Perak dan Ahli Exco Kerajaan Negeri ketika itu.
Bagaimanapun penafian itu tidak menghentikan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Jawatankuasa Displin DAP mengumumkan Nga tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau hanya suami kepada penerima kontrak berkenaan dan tidak patut dipersalahkan.
Pengerusi Jawatankuasa Displin parti, Tan Kok Wai mengumumkan keputusan itu sebentar tadi.
DAP sebelum ini senada dengan parti komponen Pakatan Rakyat menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil meletak jawatan kerana kontrak NFC diberikan kepada syarikat milik suaminya.
Ahli keluarga Sharizat dituduh menggunakan pinjaman mudah daripada kerajaan untuk membeli kondominium, kereta mewah dan tanah dan bukan untuk tujuan yang ditetapkan.
Sharizat menafikan sebarang hubung kait dengan NFC namun ia tidak menghentikan kritikan dan tuduhan daripada DAP serta pembangkang lain. AP
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.