Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) akan mengadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa (EDC), 3 Mac ini untuk mengambil pendirian tegas terhadap ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai “pelacur”, baru-baru ini.
Presidennya, Chin Sung Chew berkata NUJ sebelum ini telah memutuskan untuk mengadakan EDC, yang belum pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun, untuk membincangkan dua resolusi.
Beliau berkata, antara kandungan resolusi ialah ahli-ahli kesatuan patut mengamalkan etika kewartawanan dan menulis laporan yang adil ketika pilihan raya umum.
“Isu yang kedua ialah membahaskan undang-undang akhbar yang sedia ada yang menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka dengan berkesan.
“Sejak Isnin lalu, kami telah menerima pelbagai maklum balas dan komen daripada ahli-ahli serta barisan kepimpinan kesatuan mengenai isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut Sung Chew, EDC merupakan sebuah badan tertinggi dalam membuat keputusan dan di mana kira-kira 80 perwakilan dari lapan cawangan akan menghadiri acara tersebut.
“Saya percaya mereka mempunyai pendapat yang kukuh, termasuk perwakilan wanita, berhubung apa yang dikatakan oleh Kuan Yau tentang wartawan dan profesion.
“Pendirian mereka akan diambil kira untuk NUJ mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Sung Chew menambah, beliau tidak meragui keputusan perwakilan yang mewakili 1,500 suara pengamal media berhubung kenyataan yang dilihat menghina wartawan yang berkaitan dengan resolusi yang pertama.AP.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.