Saturday, March 3

GAJI MINIMA YANG DITUNTUT CUEPACS TIDAK RELEVEN?



MKP ingin menyentuh mengenai memorandum mengenai Saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Kongres Kesatuan Pekerja -Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Perdana Menteri. Adakah memorandum berkaitan kenaikan gaji kakitangan awam ini benar-benar ikhlas ataupun sebaliknya?

Ini kerana saya dapati kenaikan yang dicadangkan oleh CUEPACS iaitu untuk gred 27-40 sebanyak RM1,500 agak lumayan.

Jumlah ini melibatkan perbezaan sebanyak RM500 berbanding dengan kumpulan gred 17-26 misalnya. Perbezaan ini jika dicampur dengan perbezaan gaji sedia ada pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM), maka jurangnya pasti lebih besar.

Atas pertimbangan apakah gred 27-40 diberi kenaikan agak lumayan iaitu RM1,500 jika dibandingkan dengan kenaikan gred 17-26 yang cuma pada kadar RM1,000?

Apakah ia dibuat berdasarkan fakta yang telus ataupun kerana sebahagian besar exco CUEPACS secara kebetulan terdiri daripada kelompok gred 27 ke atas?

MKP mohon pengertian semua pihak bahawa kenaikan kos sara hidup bukan hanya melibatkan kumpulan gred 27 ke atas sahaja tetapi mencakupi semua kumpulan. Kumpulan gred 1-16 misalnya, sebenarnya lebih susah. Jadi janganlah kita bebankan kerajaan yang sedang bergelut dengan keadaan ekonomi dunia yang muram ini.

Pihak kerajaan sebenarnya boleh membuat pertimbangan sendiri yang dapat memberi keadilan kepada semua pihak. Sebenarnya kerangka/susunan gaji SSM sudah betul dan menasabah.

Apa yang sepatutnya kerajaan lakukan adalah menaikkan gaji pada kadar yang hampir sama rata seperti berikut atas matlamat kurangkan kos hidup:

Kenaikan gaji gred 1-16 sebanyak RM850.

Kenaikan gaji gred 17 dan ke atas (Premier) sebanyak RM700 (sama rata) berdasarkan kemampuan kerajaan.

Simpatilah kepada rakan-rakan kita pekerja kilang yang majikan mereka usahkan memberi gaji yang lumayan, malah untuk gaji minimum pun ada yang tidak mampu. Syukurlah dengan betis yang diterima jangan pula minta paha.


Pandangan Tun Mahadir Malaysia Akan Muflis

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja. 
Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti. 
"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita. 
"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk Gaji Minimum, hari ini. 
Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini. 
Beliau berkata Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka. 
"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan nagara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan. 
"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau. 
Dr Mahathir berkata dengan Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti, termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum untuk perayaan bagi semua agama, produktiviti akan menurun. 
"Kita sekarang menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain. 
"Jadi bukan mudah untuk meningkatkan produktiviti dengan pertambahan gaji minimum yang akan meningkatkan kenaikan bayaran secara keseluruhan, agar dapat mengekalkan persamaan antara gred pekerja yang berbeza. 
"Bekerja pada hari cuti akan turut memakan kos lebih. Begitu juga dengan sumbangan kepada KWSP dan kadar pencen," katanya dipetik Bernama. 
Dr Mahathir berkata antara gaji lebih tinggi dan masa bekerja yang lebih pendek dicampur dengan kos yang lain, maka kos pengeluaran barangan dan perkidmatan mesti turut meningkat dengan sewajarnya.




1 comment:

  1. Saya dah link dan follow blog saudara. Linkkan blog saya di blog saudara juga.

    http://assassincyber.blogspot.com

    TQ.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.