Saturday, March 3

KLU RASA HEBAT JOM DEBAT FACE-TO FACE DENGAN BLOGGER?



Apa agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilap arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berika?.Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya.Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.

Farid Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro dan adakah Farid sebenarnya sedang bercita-cita untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan,yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh kerajaan ini.



MKP Ayat Sempoi : Farid jika anda rasa hebat tak payah berdebat dialam maya,sahut cabaran berdebat secara terbuka Face to Face dimana sahaja.....Ada berani????? 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.