Rugi kalau masa sekarang nie tak cari calon isteri dikalangan Warga Felda,Warga Felda diseluruh negara bakal mendapat "Sawit Runtuh".Untung la kalau MKP dapat Bapak Mertua dari Warga Felda nie OKB jadi nya (orang kaya baru).Itu sunnah Nabi junjungan kita,Mencari calon isteri biarlah berharta dan kaya-raya.Dah lama membujang nak merasa pulak berumah-tangga tapi calon mesti lah iras-iras disinun.almaklum mana tau dapat kawin free.MKP dah la Blogger Miskin......
Penjelasan sebegini harus diberikan sambil bersantai baru masuk dalam kepala,klu dok cerita macam dalam TV tentu boring gila punya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad memberi penekanan untuk mengembangkan model perniagaan sedia ada kepada industri hiliran.
Buat masa ini model perniagaan FGVH banyak bergantung kepada pergerakan harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) yang turun naik.Arah tuju FGVH ini dilihat bertepatan dimana dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran global MSM semata-mata.
Industri hiliran ini adalah untuk menggalakkan pemprosesan bahan mentah dari Malaysia sendiri kepada produk pengguna akhir yang boleh memberikan keuntungan berlipat kali ganda.
Konsep ini telah digunapakai di Malaysia sebelum ini tapi kini akan dirancakkan dalam model perniagaan FGVH.
Contohnya bijih timah yang merupakan hasil bumi terbesar Tanah Melayu suatu ketika dulu hanya mampu kita ubah kepada bentuk jongkong dan dieskport ke negara barat.
Jongkong bijih timah tersebutlah yang digunakan oleh industri hiliran di barat untuk diproses dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan beberapa produk akhir seperti tin, kabel, jentera dan kereta.
Produk ini pula di hantar semula kepada kita dan akhirnya negara barat dan eropah lah yang menerima keuntungan besar dari hasil bumi kita.
Sebab itu Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ingin Malaysia menjadi negara industri yang jelas lebih banyak membawa keuntungan kepada negara.
Kini langkah serupa diambil oleh FVGH dengan tujuan mengembangkan produk asas MSM Felda kepada beberapa produk akhir yang lebih menguntungkan. Antara yang berpotensi untuk dimajukan adalah penghasilah Bio-Diesel.
Penghasilah Bio-Diesel ini adalah bersesuaian kerana mampu menjadi sumber bahan api alternatif bagi menggantikan petrol yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Untuk merealisasikan perancangan ini, FVGH masih dalam proses menyaring bakal rakan kongsi yang mempunyai kapasiti untuk membawa masuk teknologi dan rangkaian pemasaran terbaik untuk Felda.
Sudah kedengaran ura-ura beberapa nama besar dalam penghasilan produk pengguna akhir seperti syarikat Archer Daniel Midlands (ADM) dan Bunge Limited disenaraikan. Keputusan belum dimuktamadkan lagi.
Dua syarikat gergasi dari Amerika ini sememangnya terkenal dalam memproses bahan mentah asas (jagung, gandum, minyak sayur dll) kepada produk makanan, bahan api alternatif, bahan kimia, baja dan lain-lain produk yang mempunyai pasaran luas global.
Strategi ini bukan sahaja dapat menjamin kestabilan FGVH di masa hadapan malah dapat meningkatkan nilai pasaran saham apabila disenaraikan di bursa saham nanti.
Secara totalnya, semua ini bakal meningkatkan pendapatan para peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar dalam FGVH.MKP Ayat Sempoi ; Sesiapa ada calon atau calon itu sendiri boleh la komen kt blog nie...
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.