Friday, March 23

TAPAK MASJID PUN DEPA JUAL KA?


Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti,tapak sekolah dan tapak masjid. 

Namun, Shaik Hussien berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Beliau berkata, langkah Guan Eng menjual tapak masjid adalah satu tindakan sangat biadap kerana ia boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, Guan Eng tidak seharusnya mengganggu-gugat harta milik orang Islam dan tapak masjid itu sepatutnya  dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan seterusnya diwakafkan. "Selain tapak masjid, Guan Eng juga didapati menjual tapak sekolah.   Walaupun pemaju Tropicana Ivory Sdn Bhd sebelum ini bersetuju untuk membina sekolah di kawasan itu tetapi saya khuatir pelaksanaannya kelak akan diputarbelit dan mereka (pemaju) dengan hanya membina sekolah antarabangsa sepertimana pembinaan sekolah Prince of Wales International School di Botanica City, Balik Pulau yang menafikan hak anak orang miskin tempatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Shaik Hussien  berkata, tapak sekolah itu seharusnya diserahkan kepada Kemeterian Pelajaran untuk dibangunkan oleh Kerajaan Pusat.

Dalam pada itu, Shaik Hussien juga mahu Guan Eng memberi kepastian sama ada pemaju disyaratkan untuk membina gerai penjaja di tapak Bayan Mutiara. SINARHARIAN.



MKP Ayat Sempoi ;Apa dah jadi nei,sedaqlah melayu Pulau Pinang. 

1 comment:

  1. Salam perjuangan,
    Mohon Tuan pautkan blog Gerakan 13 - Suara Baru di blogroll Tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.