Wednesday, June 13

@khairyKJ BOLEHKAH MENJADI PM KELAK?


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin meletakkan keyakinan penuh kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak dalam mencaturkan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak terjejas.

Zainuddin yang juga pernah memenangi anugerah Tokoh Wartawan Negara pada 2006 memberitahu melalui blognya www.zamkata.blogspot.com bahawa Khairy terdahulu pernah melakukan kesilapan pada peringkat awal namun kemudian diberikan peluang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membetulkan kesilapan lalu.

"Khairy Jamaluddin dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidaksetabilan politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya.

Beliau selain itu berkata dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa semula Anwar Ibrahim ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa passport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkok di luar negara. Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno.

Menurutnya lagi, dalam menghadapi pilihanraya 2008, TV3 dan News Straits Time (NST) telah menjadi alat kepada memecah belahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda dan yang paling menyedihkan ialah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecilkan dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana memulihkan kekuatan Barisan Nasional di Kedah.

Berita-berita sensitif yang menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh NST.

Malah katanya banyak kepincangan berlaku dalam menghadapi pilihanraya 2008.

"Manifesto BN hanya diumumkan, tetapi tiada dalam pengedaran. Kerja cetakan mulanya telah diberikan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad, tetapi disambar oleh NST, namun manifesto tidak kelihatan.
Kemana wang cetakan ini lenyap tidak diketahui hingga ke hari ini," katanya.

Malah jelas beliau, sorak megah Pilihan Raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoaan beberapa orang muda yang "berkuasa".

"Apabila saya membuat kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 telah menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, maka salah seorang dari tingkat 4 telah menalefon dan memarahi Utusan," katanya.

Terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.

Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr. Mahathir, walaupun dia tidak suka sesaorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.

Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.

Kesempatan ini diberikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir.


Selain itu Zam menyifatkan Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya.

Bakat dan karisma politiknya terserlah.

Keupayaannya sebagai pemidato dan jaguh perdebatan dalam Parlimen dan di depan umum menyerlah.

Kepetahan bercakap, pengetahuan mendalam dalam sesuatu isu, keupayaan intelektulannya dan lain-lain kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin ada padanya.

Khairy adalah aset kepada kepimpinan masa depan negara.

Anwar telah melakukan kesilapan politik ketika hampir di puncak kuasa, Khairy melangkah salah di tangga awal pendakiannya.

"Khairy telah diberikan kesempatan untuk membetulkan langkahnya. Dia seharusnya bijaksana supaya dapat menjadi perdana menteri di hari tua," ujarnya lagi.

1 comment:

  1. Atas Pagar - Melayu tidak mudah lupa atas apa yg berlaku masa zaman Pak Lah dan semua tindak tanduk KJ sebelum ini.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.