Wednesday, June 13

PKR SELANGOR BERGOLAK DIALAM MAYA




Selepas pusingan pertama kontroversi panas PKR yang menyaksikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa tunduk dan melepaskan jawatannya sebagai ketua PKR Selangor pada tahun 2010, pertelagahan dalaman sekali lagi memuncak.

Menurut portal mesra pembangkang, Malaysiakini, kali ini, Abdul Khalid belum 'diserang' namun, setiausaha politiknya Faekah Husin dibidas pelbagai pihak.

Kempen di alam maya atas nama 'Kami Sayangkan PKR', tersebar luas dan dikatakan mendapat restu daripada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Azmin, yang menggantikan Abdul Khalid sebagai Ketua PKR Selangor, minggu lalu mentweet semula posting yang menuntut supaya Faekah "dipecat". Ini menghangatkan spekulasi perang terbuka sudah tercetus di Selangor.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gombak itu mendakwa beliau secara "tidak sengaja" berbuat demikian.

Namun, Azmin tidak menafikan rasa tidak puas hati dan aduan berhubung Faekah semakin menjadi-jadi yang datang bukan sahaja dari ahli parti tetapi juga penjawat awam.

"Kami telah beritahu pengadu itu, kecuali mereka membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh MB," kata Azmin yang dipetik portal itu. Beliau juga mengulangi sokongan kepada Abdul Khalid.

Timbalan Presiden PKR itu juga memilih untuk tidak mendedahkan jenis aduan ataupun dakwaan yang dilemparkan terhadap Faekah itu tetapi berkata ada aduan yang datang dari jauh sehingga dari Sabah.

Faekah, yang telah tidak memegang sebarang jawatan parti sejak pelantikan beliau sebagai setiausaha politik kepada MB pada bulan Jun 2010, dikatakan menghadapi kemungkinan dipecat pada Mac lalu akibat tekanan dari dalam parti.

Sumber peringkat tinggi PKR mengesahkan bahawa aduan terhadap Faekah dibangkitkan pada beberapa mesyuarat biro politik, tetapi tiada tindakan yang diambil.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.