Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik Aziz yang bermulut berus, watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan gelaran tok guru yang disandangnya. Patutlah suatu ketika dulu ramai bekas pimpinan Pas memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling. Rupanya betullah gelaran tok guru yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi parti dan bersifat duniawi semata-mata.
Jika betul Nik Aziz adalah seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid, tentu sahaja tidak tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak, Ustaz Harussani sebagai “seorang yang gatal mulut”. Hanya dek kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku Pas yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segan selu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti. Namun, ini bukanlah pertama kali Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz.
Dalam pertengahan 1990-an dulu, seorang mufti lain pernah di cop sebagai ‘ulamak nifas dan haid’ oleh Nik Aziz, juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk Pas. Pendek kata, bagi Nik Aziz, tiada seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat dengannya, terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya. Acapkali bila berceramah di pentas politik ataupun dalam majlis agama, Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang hadiri supaya menghormati ulama.
Tapi realiti yang berlaku, Nik Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian Pas. Sebelum kian ramai khalayak umum menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling yang cakap tak serupa bikin, eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar menghormati mufti.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.