Beliau yang diiringi kakaknya, Zaiton Othman, 50, dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, tiba di Balai Ketibaan Terminal Tambang Murah (LCCT) lalu terus memeluk ibunya Maimunah Shahbudin, 73, yang sudah lama menantikan kepulangan anak ketiga daripada lapan orang anak.
"Mana anak-anak saya mak? Mak, jom balik kampung." Itulah kata-kata yang diucapkan Zarina sejurus bertemu ibunya.Pertemuan yang penuh bermakna ini adalah hasil KP1M dan Konsulat Malaysia di Medan.
"Saya sangat gembira," kata ibu kepada dua orang anak perempuan yang berumur 21 dan 20 tahun itu apabila ditanya mengenai perasaan kembali semula ke tanah air selepas dua tahun berpisah dengan keluarganya di sini.
"Saya sangat gembira," kata ibu kepada dua orang anak perempuan yang berumur 21 dan 20 tahun itu apabila ditanya mengenai perasaan kembali semula ke tanah air selepas dua tahun berpisah dengan keluarganya di sini.
Sementara itu, Zaiton berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Indonesia, KP1M dan Wisma Putra yang membantu dalam misi membawa pulang Zarina ke pangkuan keluarga.
"Selepas ini, kami akan membawa Zarina untuk mendapatkan rawatan lanjut dari pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kami sekeluarga akan menjaganya sehingga beliau sembuh," katanya.
Sebelum ini, Zarina yang dilaporkan ditahan di Banda Aceh pada 28 Mac lalu selepas didapati berkelakuan pelik serta mencurigakan sehingga dibawa ke Rumah Sakit Jiwa berkenaan.
Sejak ditempatkan di Rumah Sakit Jiwa Banda Aceh hampir tiga bulan, beliau dipertemukan dengan kakak dan abang iparnya yang dibawa khas KP1M selepas kisah wanita itu disiarkan di akhbar Berita Harian pada awal Jun.
Kisah mengenai Zarina disiarkan selepas Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, dimaklumkan yang kemudiannya berjaya mengesan keluarga Zarina sebelum KP1M menawarkan bantuan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.