Monday, July 2

BOLEHKAH ANWAR DIDAPATI BERSALAH KALI NIE?


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin PKR hari ini didakwa dengan satu lagi tuduhan atas dakwaan bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan baru itu merupakan tuduhan ketiga yang dihadapi tiga pemimpin berkenaan yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melanggar perintah mahkamah.

Anwar dan dua pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas anggota majlis pimpinan tertinggi parti itu, Badrul Hisham Shaharin – merupakan antara yang terawal didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Pada 22 Mei lalu, ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2) akta baru itu kerana terbabit dengan perhimpunan dan melanggar arahan mahkamah antara jam 2.30 petang hingga 3 petang pada 28 April.

Arahan yang ditandatangani oleh majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April, melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitar Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimun sehingga If RM10,000. Anwar dan Azmin menghadapi kemungkinan hilang kelayakan mereka sebagai wakil rakyat jika didenda melebihi RM2,000.

Mereka juga menghadapi pertuduhan lain mengikut Seksyen 188 Kanun Jenayah kerana melanggar arahan majistret.

MKP Ayat Sempoi : banyak kali dah Anwar terlepas tapi kali nie boleh ke dakwa Anwar?

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.