Monday, July 2
FINAL EURO BARISAN UTAMA ITALI-SEPANYOL
Final antara Itali dan Sepanyol di Kiev pastinya aksi yang dinantikan oleh peminat bola sepak. Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia menewaskan Belanda dua tahun lalu dan Euro 2008 berazam untuk memenangi kejohanan ini bagi melengkapkan kejuaraan ketiga dipentas antarabangsa.
Itali pula telah menunjukkan peningkatan disetiap perlawanan Euro 2012 dan menghantar mesej kepada Sepanyol bahawa mereka bukan lawan yang boleh diambil mudah. Kita ikuti pertembungan satu persatu pemain-pemain yang perlu disaksikan pagi ini.
Andrea Pirlo dan Xavi Hernandez
Kedua-dua pemain ini merupakan ‘playmaker’ kedua-dua Negara. Pirlo, 33, merupakan pemain terbaik skuad Azzurri dalam tiga perlawanan Itali di Euro 2012. Berbekalkan teknik ‘passing’ yang tepat dan kebolehan menjaring gol ‘free kick’ merupakan kelebihan utama beliau di samping pengalaman yang luas dalam arena antarabangsa. Xavi juga tidak kurang hebatnya, kebolehan ‘penghantaran mautnya' merupakan satu sebab beliau sering dikawal oleh pasukan lawan.
Cesc Fabregas dan Chellini
Kecewa dengan kebolehan penyerang utamanya, Vicente del bousqe mengharapkan Fabregas untuk mencari gol bagi pihak Sepanyol. Fabregas merupakan pemain tengah berkebolehan mencari ruang kosong antara pertahanan lawan dan terbukti berbahaya dengan dua gol di sepanjang Euro edisi kali ini. Chellini, pemain pertahanan Itali yang lain, perlu memastikan Fabregas dikawal ketat atau gawang Buffon pasti dalam keadaan bahaya.
Mario Balotelli dan Gerard Pique
Kuat, teknik yang bagus, keyakinan yang tinggi dan pergerakan yang sukar dibaca adalah kelebihan Balotelli. Pastinya Pique mempunyai strategi menjinakkkan Balotelli pagi ini atau berhadapan dengan kemungkinan diserang bertubi-tubi oleh Balotelli. Pique juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengawal Cristiano Ronaldo ketika bertemu Portugal pada suku akhir lepas.
Andres Iniesta melawan Claudio Marchisio
Satu lagi ‘playmaker’ Sepanyol adalah si cilik Iniesta. Pandai mengelirukan pihak lawan, teknik kawalan bola yang bagus dan pergerakan yang bijak akan menyusahkan Marchisio jika beliau tidak berhati-hati. Marchisio perlu bekerja keras untuk mengawal Iniesta dan tidak membiarkan dia menggunakan ruang kosong untuk masuk ke kawasan penalti Itali.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.