Bapa mana tidak sayu dengan perbuatan anaknya hingga mencemar nama baik keluarga,Bagi sorang bapa yang bertanggunggjawab mungkin telah menyalahkan dirinya sendiri kerana kurang memberi tunjuk ajar kepada anaknya.Bagi mkp tindakkan bapanya ada kewarasannya.
Bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara pada malam ambang merdeka baru-baru ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan biadab anaknya itu.
A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia juga berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memohon maaf secara peribadi.
Katanya, dia amat menyesali tindakan anaknya itu dan masih terkejut dengan apa yang berlaku.
"Hati saya seperti mahu luruh apabila mendapat tahu tentang perbuatan anak saya itu. Setahu saya, Muhammad Ammar tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.
"Mungkin dia terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya, dia lebih menumpukan masanya terhadap pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.MKP Ayat Sempoi : Bapak mana tak sayangkan anak,Terlajak perbuatan sendiri mau ingat.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.