Wednesday, September 5

Man RAJALAWAK Sertai PAS?


Man rajalawak bakal sertai PAS betulke? Berita terkini yang MKP dapat dari cerita sembang kedai kopi menyatakan ianya bakal terjadi dalam masa terdekat...Puncanya kerana Abby Abadi menjadi buah mulut orang apabila figura ini dikatakan lantang memberikan komen pedas mengenai hal-hal berkaitan dengan politik dan pemerintahan kerajaan. Dari komen tersebut tercetusnya peperangan melibatkan Abby dan Dato' AC Mizal.

Angin yang bertiup kencang ini diperkuatkan lagi apabila Man bakal menjadi pengacara dalam program agama yang diberi nama Ustaz Sayang Anda.

Walaupun program yang bakal dianjurkan pada 8 September ini di Stadium MBJP, Kelana Jaya bermula jam 5.30 petang tidak memberitahu sama ada ia dianjurkan Parti Pas atau pun tidak, Sumber memberitahu pemilihan Man menjadi pengacara program ini disebabkan dia sudah sah akan memangkah parti itu nanti. Boleh gitu?


Pun begitu, MKP tidak mahu serkap jarang artis pun ada hak sendiri untuk memilih parti pilihan mereka. Yang penting, kena tunggulah dulu kenyataan dari Man.

Siapa tahu Man dipilih kerana lawak jenaka beliau banyak memberikan mesej ke arah kerohanian. Tak gitu dek non.

Apa kes pun, MKP juga berminat nak dengar ceramah program itu. Yelah, kebanyakkan ustaz yang ada kacak-kacak belaka. Contohnya Ustaz Don, Ustaz Zamri, Ustaz Azhar Idrus dan Imam Muda Asyraf.

MKP Ayat Sempoi : Bukan mudah untuk membuat seseorang percaya dalaman kita kerana orang banyak terpengaruh dari pandangan luar.

1 comment:

  1. Salam perjuangan, mohon linklan blog ambe di link blog saudara..saya akan lakukan juga di blog ronyanuar.com

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.