Sunday, September 16

INFO TERKINI : Bantuan Rohingya Kelab Putera 1Malaysia

Kelab Putera 1Malaysia yang diwakili oleh Pengerusinya sendiri Datuk Azeez Rahim mengadakan perbincangan dengan Lt. Gen.Thein Htay,Union Minister of Myanmar berjalan dengan lancar.
Keputusan muktamad akan diketahui pada Isnin ini..


Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya sepatutnya bertolak 1 Sept lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana belum mendapat kebenaran daripada Myanmar.





Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu etnik Rohingya, dijadual belayar ke Pelabuhan Sittwe, Myanmar dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sri Indera Sakti.

Misi bantuan itu dijangka mengambil masa 11 hari dengan perjalanan sehala dari Pelabuhan Klang ke Sittwe memakan masa empat hari, dan tiga hari lagi diperlukan bagi menjalankan misi bantuan.

Seramai 44 anggota pasukan bantuan kemanusiaan dengan 480 tan metrik makanan dan ubat-ubatan bernilai US$3.1 juta (RM9.8 juta), pakaian, selimut serta sokongan logistik lain akan dimuatkan dalam KD Seri Indra Sakti.


MKP ayat sempoi : Moga dari hasil perbincangan kali ini akan berjalan lancar supaya harapan rakyat Malaysia membantu etnik Rohingya tercapai.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.