Ini berlaku terang2an kepada Penyokong PAS dan PKR! Pernah di Bachok, Kelantan, berpusu2 orang ke sebuah telaga untuk minum airnya walaupun kotor kerana percaya ia berkhasiat dan boleh menyembuhkan penyakit. Setiap seorang dikenakan bayaran beberapa ringgit diberi minum air telaga itu. Mereka sebenarnya mangsa penipuan pemilik telaga itu. Sebatang pokok kononnya boleh membawa tuah kerana menyerupai wajah manusia juga menarik ramai pengunjung, justeru membuka peluang kepada pemilik pokok untuk ‘buat duit’ daripada mereka yg mudah tertipu.
Kita juga pernah terbaca mengenai orang tertipu dengan khasiat batu, sehingga sanggup membayar ribuan ringgit. Kononnya jika diminum air yg direndam batu itu, maka macam2 keadaan yg dihadapi dapat dipulihkan. Berapa ramai pula anak dara, pelajar dan wanita yg tertipu seterusnya dicabul dan dirogol bomoh durjana, yg kononnya dapat merawat pelbagai penyakit yg dihadapi mereka. Paling banyak kedengaran masakini ialah penipuan yg dijalankan secara licik oleh warga Afrika. Mereka mengguna pelbagai kaedah untuk memperdaya mangsa melalui internet. Skim black money, peninggalan harta wasiat, pelaburan secara maya dan bercinta dengan wanita berumur adalah antara bentuk penipuan popular.
Walaupun banyak kali didedahkan di media umum dan diberi peringatan oleh pihak berkuasa, masih ramai yg terjerumus. Tidak kurang juga terpedaya dengan balasan lumayan untuk menjadi keldai dadah, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi. Kenapa mudah sangat rakyat kita ditipu? Penipuan juga sering berlaku dalam urusan perniagaan dan muamalat dalam sektor awam dan swasta. Dalam bidang agama pula, penipuan dilakukan oleh mereka yg memanipulasi kelemahan jatidiri dan akidah pengikut untuk kepentingan diri, keluarga atau kumpulan.
Pengikut Kerajaan Langit, misalnya, sanggup minum air basuhan kaki ketua mereka Ayah Pin, kononnya kerana air itu suci. Boleh dikatakan semua ajaran sesat mempunyai unsur penipuan. Ramai profesional seperti peguam dan doktor, serta artis dan pegawai tinggi kerajaan menjadi ahli pergerakan Al-Arqam pimpinan Ashaari Muhammad, yg mendakwa boleh bercakap terus dengan Nabi Muhammad SAW.
Penyanyi terkenal 1980-an, Sahara Yaacob, pernah berkata beliau menyertai kumpulan ini kerana insaf kekurangan ilmu agama pada dirinya dan mahu menjadikan Al-Arqam sebagai jalan singkat ke syurga. Oleh kerana terlalu taksub dan yakin akan kebenaran mereka, Ashaari Muhammad menganjurkan majlis solat hajat dan doa muhaballah besar2an, termasuk menjemput wartawan, pada 30 Jun 1994. Beliau mohon ALLAH SWT memberi petunjuk dan bukti kebenaran mereka dalam tempoh tiga bulan. Dengan kuasa ILAHI, pergerakan ini diisytiharkan haram oleh kerajaan Malaysia pada Ogos 1994 dan Ashaari sendiri mengalami penyakit tidak boleh bercakap.
Penipuan politik atas nama agama juga memang banyak. Antara yg akan tercatat dalam sejarah negara ialah janji palsu mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Sudah berpuluh tahun hal ini dipercakapkan, namun apabila memenangi Kelantan pada 1990 (dan selepas itu Terengganu), Pas masih gagal melaksanakannya. Pelbagai alasan diberikan dan menuding jari terhadap pihak lain, khususnya Umno, sebagai punca hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Hakikatnya, hudud adalah modal pilihan raya semata2. Untuk PRU Ke-13, isu hudud diputar semula. Cuma kali ini, pengundi mungkin tidak begitu mempercayai Pas lagi.
Penipuan politik terbesar dalam sejarah Malaysia ialah pengisytiharan pemimpin pembangkang yg obses menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu bahawa sehingga 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berpaling tadah, justeru memberi peluang kepadanya memperolehi majoriti di Parlimen dan menguasai Putrajaya. Kononnya, beliau disokong Panglima Angkatan Tentera Malaysia, malah Yang di-Pertuan Agong juga menunggu menyempurnakan upacara mengangkat sumpah peralihan kuasa di peringkat pusat. Terbukti beliau membohongi seluruh rakyat Malaysia. Ini namanya menipu hidup2. Kita percaya rakyat Malaysia tentunya tidak mahu tertipu lagi.
Kita diingatkan ALLAH SWT: Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta (16:105). ALLAH SWT juga memberi amaran: Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian terbesar dengan penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. (24:11)
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.