Baru saja cadangan supaya ditubuhkan Guan Eng dah bersilat lidah menafikan.Umno Pulau Pinang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan berhubung penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak 2008.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jawatankuasa itu penting kerana ia mampu memperjelaskan sama ada penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah benar dan telus atau sebaliknya.Sudah sampai masanya kerajaan negeri tubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat penjualan tanah dan bentangkan kepada umum bagi rakyat nilai sendiri sama ada apa yang mereka buat itu (jual tanah) adalah telus.
Ini barulah dikatakan berani dan demokrasi, kita bukan hanya mahu seorang ketua menteri yang pandai bercakap dan menuduh orang sana sini tetapi boleh membuktikan apa yang beliau cakap.CAT yang dilaugkan mungkin hanya tinggal pada nama untuk mengaburi mata rakyat.Sikap populis ini lama kelamaan akhirnya kantoi jua.Jika benar jualan tanah itu telus kenapa takut serta menafikannya.
Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah berkenaan kepada sebuah syarikat pemaju swasta.
Terkejut apabila mendapat tahu tapak berkenaan akan dibangunkan sebagai hotel dan hospital swasta sedangkan tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk projek fasa kedua rumah kos rendah sebanyak 272 unit selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.