Sunday, September 2

Skandal Tanah Kenapa Guan Eng Menafikan?


Baru saja cadangan supaya ditubuhkan Guan Eng dah bersilat lidah menafikan.Umno Pulau Pinang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan berhubung penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak 2008.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jawatankuasa itu penting kerana ia mampu memperjelaskan sama ada penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah benar dan telus atau sebaliknya.
Sudah sampai masanya kerajaan negeri tubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat penjualan tanah dan bentangkan kepada umum bagi rakyat nilai sendiri sama ada apa yang mereka buat itu (jual tanah) adalah telus.


Ini barulah dikatakan berani dan demokrasi, kita bukan hanya mahu seorang ketua menteri yang pandai bercakap dan menuduh orang sana sini tetapi boleh membuktikan apa yang beliau cakap.CAT yang dilaugkan mungkin hanya tinggal pada nama untuk mengaburi mata rakyat.Sikap populis ini lama kelamaan akhirnya kantoi jua.Jika benar jualan tanah itu telus kenapa takut serta menafikannya.

Pemuda BN berkali-kali minta ketua menteri jawab dan jelaskan isu berkenaan tetapi sehingga hari ini Lim tidak berbuat demikian sebaliknya beliau juga terus membohongi rakyat Pulau Pinang dengan menuduh itu semua agenda Umno.

Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah berkenaan kepada sebuah syarikat pemaju swasta.

Terkejut apabila mendapat tahu tapak berkenaan akan dibangunkan sebagai hotel dan hospital swasta sedangkan tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk projek fasa kedua rumah kos rendah sebanyak 272 unit selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive