Itu adalah ungkapan yang MKP rasa apabila pengalaman menaiki pesawat C-130 bersama rakan-rakan media apabila menyertai Program Lawatan Media Kanan Media Anjuran TUDM. Matlamat utama program ini ialah menjelaskan fungsi serta tanggungjawab TUDM untuk mempertahankan negara. Pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.Ini kali pertama TUDM mempamerkan beberapa aset strategiknya kepada orang awam bagi menunjukkan sebahagian kemampuan mereka menjaga pertahanan udara Malaysia.
Rombongan kami, di bawa ke Pengkalan Udara Kuantan menggunakan pesawat Charlie-130 yang memuatkan lebih 100 orang, selain anggota rombongan ada juga pegawai kementerian, selain kakitangan TUDM sendiri.
Tiba-tiba di tengah-tengah ruang udara, keadaan dalam pesawat yang sedia bising, bertambah bising selepas terdengar deruan dua jet pejuang MiG-29 yang buat misi memintas pesawat kami.
Pesawat yang kami naiki terus diserbu oleh anggota TUDM dari Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) sebaik sahaja pintu pesawat kami terbuka. Empat penjenayah tersebut berjaya dikenal pasti dan ditumpaskan oleh anggota PASKAU dalam usaha mereka menyelamatkan para pengamal media yang dijadikan tebusan sepanjang 1jam perjalanan.
Antaranya aset yang dimiliki oleh TUDM adalah Air Combat Maneuvering Instrumentation (ACMI) iaitu alat simulasi MiG 29N yang digunakan oleh juruterbang sebelum mengendalikan jet pejuang sebenar, melalui penggunaan alat simulasi ini ianya telah menjimatkan kos jutaan ringgit dalam melatih seseorang juruterbang jet pejuang.
Kami turut berpeluang melawat bilik simulasi 'sentri' iaitu pusat kawalan 24 jam anggota TUDM dalam merekod dan mengawal serta mengeluarkan arahan kepada juruterbang jet pejuang ketika bertempur di udara.
boleh disimpulkan ianya pengalaman yang cukup bermakna kerana pengalaman ini tidak mungkin boleh diperolehi hatta kita membayar dengan harga yang tinggi sekalipun kerana soal keselamatan bukan sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit.
Di akhir siri lawatan kami, para wakil media berpeluang mengemukakan soalan-soalan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi secara terbuka. Ketika ditanya mengenai kehilangan enjin jet sebelum ini, kami dimaklumkan bahawa enjin tersebut telah berada di kem TUDM Kuantan setelah berjaya dikesan dengan bantuan Peguam Negara.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi serta pihak TUDM dan Panglima TUDM sendiri di atas peluang dan pengalaman yang diberikan kepada MKP serta rakan-rakan media yang lain. Sesungguhnya pengalaman sehari melihat dan meninjau sendiri aset yang dimiliki oleh TUDM.
No comments:
Post a Comment