Tuesday, September 4

Tahniah @PDRMsia,Pelaku Punggung Telah Ditahan.


Bukit Aman menahan seorang pelajar kolej swasta di Taman Maluri, Cheras pada jam 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menghina gambar pemimpin negara pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Pelajar terbabit yang berusia 19 tahun ditahan di kolejnya sejurus tiba dari kampungnya di Batu Pahat, Johor dengan diiringi ibu bapanya.

Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Md Hassan.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.




Turut dibawa bersama suspek, dua rakan sekuliahnya yang merakamkan perbuatan melampau suspek pada malam kejadian.

Abd Jalil berkata, polis turut memeriksa unit kondominium yang disewa suspek di Cheras bagi mencari bahan bukti berkaitan.

Suspek adalah pelajar jurusan multimedia kreatif sebuah kolej di Taman Maluri.

Kesalahan menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara yang dianggap sebagai satu penghinaan dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Hasutan.

Pelajar terbabit dipercayai melarikan diri ke kampungnya di Batu Pahat selepas menyedari diburu polis.

Bagaimanapun, atas desakan ibu bapanya, suspek menyerah diri pada kira-kira jam 11 pagi sebelum ditahan sejam kemudian.

1 comment:

  1. Salam, Jika sudi mohon pautkan blog saya,
    http://revolusimindamelayu.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.