Tuesday, September 4

VIDEO GangNam Pulak Hina PM @NajibRazak @PDRMsia Tolong Siasat


Satu video klip menghina pemimpin-pemimpin negara dalam bentuk animasi telah dimuat naik di laman sesawang youtube.com pada malam ambang merdeka yang lalu.

Video klip sepanjang 2:18 minit berjudul ‘Open Condom Style’ itu telah dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan nama ‘tricave2011’ dan sehingga sebentar tadi telah mencatatkan tontonan sebanyak 173,584 tontonan.

Video klip tersebut menggambarkan animasi yang mirip dengan beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sedang melakukan tarian gangnam atau lenggok kuda dari Korea yang cukup popular di kalangan warga pengguna internet.



Selain Najib dan isteri, turut kelihatan dalam klip tersebut ialah individu-individu yang seakan-akan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selain beberapa pemimpin Barisan Nasional lain yang turut melakukan tarian aksi gangnam.

Ianya mula hangat apabila video penyanyi dari Korea, PSY berjudul ‘Oppa Gangnam Style’ di You Tube menjadi video yang paling banyak ditonton di seluruh dunia.

Sehingga kini video tersebut telah mencatatkan tontonan sebanyak lebih 100 juta tontonan dalam tempoh sebulan ianya dimuat naik, satu jumlah yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.