Saturday, October 20

MELAYU TELUK KUMBAR KENA HALAU?


Baru dua hari lepas Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar kecoh dengan sekumpulan penduduk Melayu membantah kerana rumah-rumah mereka akan dirobohkan. Cerita itu masih hangat di perkatakan di kalangan penduduk kawasan Teluk Kumbar. Semakin hari semakin pupus orang-orang Melayu di Teluk Kumbar khususnya dan di bahagian Pulau, Pulau Pinang amnya. Rumah yang sedang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan pula harga ratus-ratus ribu ringgit. Tidak ada lagi rumah-rumah murah seperti harga RM25 ribu atau RM45 ribu yang dibina oleh kerajaan BN suatu masa dahulu.


Cerita benar yang baru diterima, satu lagi kampung Melayu, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar akan lenyap tidak lama lagi. Sebahagian penduduk telah menerima perintah mahkamah dalam tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah di situ. Kena halau lagi! Sudah lah kena halau, pihak plaintif juga akan menuntut daripada defendan ganti rugi yang di taksir akibat dari kegagalan defendan menyerahkan milikan kosong. Termasuklah juga segala faedah, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah. Sebanyak 14 keluarga orang Melayu di Kampung Nelayan terpaksa hidup tanpa rumah jika tidak ada pembelaan yang sewajarnya bagi pihak mereka.

Sudah lah jatuh ditimpa tangga! Inilah bala petaka yang menimpa orang-orang Melayu sejak pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR di Pulau Pinang. Sepatutnya Timbalan KM Pulau Pinang, Dato' Mansor, YB Abd. Malek (ADUN Batu Maung) Speaker DUN, Dato' Abd. Halim dan ADUN tunggal PAS, Ustaz Salleh Man bangkit dan membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang ini. Penduduk di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan mungkin juga di tempat-tempat lain tidak senang duduk hari ini. Di sana sini projek rumah mewah naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkampungan Melayu sikit demi sikit semakin terhapus. Hidup orang Melayu semakin terhimpit akibat keadaan politik yang tidak memihak kepada orang Melayu.

Kehangatan isu merobohkan rumah di Kampung Matahari Naik masih belum reda. Yang terlibat kebanyakannya penyokong dan pengundi-pengundi PR. Tapi di mana pemimpin-pemimpin pembangkang, wakil rakyat pembangkang dan penyelaras DUN semasa penduduk-penduduk ini tersepit? Apakah ini yang dikatakan PR sebagai parti membela rakyat? Akhirnya pemimpin UMNO juga yang terpaksa turun padang membantu dan akhirnya pelaksanaan meroboh rumah-rumah tersebut di tangguhkan oleh mahkamah. UMNO yang dikatakan parti yang zalim inilah yang membantu orang Melayu yang dizalimi. PAS dan PKR apa buat? Ceramah, ceramah dan ceramah hanya untuk ke Putrajaya. Itulah kerja pemimpin2 PR siang dan malam. Hidup UMNO! hidup Islam! dan hidup Melayu! -Blog Tok Guru.TAIPINGMALI 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.