Cerita benar yang baru diterima, satu lagi kampung Melayu, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar akan lenyap tidak lama lagi. Sebahagian penduduk telah menerima perintah mahkamah dalam tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah di situ. Kena halau lagi! Sudah lah kena halau, pihak plaintif juga akan menuntut daripada defendan ganti rugi yang di taksir akibat dari kegagalan defendan menyerahkan milikan kosong. Termasuklah juga segala faedah, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah. Sebanyak 14 keluarga orang Melayu di Kampung Nelayan terpaksa hidup tanpa rumah jika tidak ada pembelaan yang sewajarnya bagi pihak mereka.
Sudah lah jatuh ditimpa tangga! Inilah bala petaka yang menimpa orang-orang Melayu sejak pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR di Pulau Pinang. Sepatutnya Timbalan KM Pulau Pinang, Dato' Mansor, YB Abd. Malek (ADUN Batu Maung) Speaker DUN, Dato' Abd. Halim dan ADUN tunggal PAS, Ustaz Salleh Man bangkit dan membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang ini. Penduduk di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan mungkin juga di tempat-tempat lain tidak senang duduk hari ini. Di sana sini projek rumah mewah naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkampungan Melayu sikit demi sikit semakin terhapus. Hidup orang Melayu semakin terhimpit akibat keadaan politik yang tidak memihak kepada orang Melayu.
Kehangatan isu merobohkan rumah di Kampung Matahari Naik masih belum reda. Yang terlibat kebanyakannya penyokong dan pengundi-pengundi PR. Tapi di mana pemimpin-pemimpin pembangkang, wakil rakyat pembangkang dan penyelaras DUN semasa penduduk-penduduk ini tersepit? Apakah ini yang dikatakan PR sebagai parti membela rakyat? Akhirnya pemimpin UMNO juga yang terpaksa turun padang membantu dan akhirnya pelaksanaan meroboh rumah-rumah tersebut di tangguhkan oleh mahkamah. UMNO yang dikatakan parti yang zalim inilah yang membantu orang Melayu yang dizalimi. PAS dan PKR apa buat? Ceramah, ceramah dan ceramah hanya untuk ke Putrajaya. Itulah kerja pemimpin2 PR siang dan malam. Hidup UMNO! hidup Islam! dan hidup Melayu! -Blog Tok Guru.TAIPINGMALI
No comments:
Post a Comment