Semakin hampir kepada Pilihanraya Umum, semakin kalutlah rangkaian talibarut Yahudi termasuk Pakatan Rakyat, SUARAM dan juga BERSIH. Walaupun setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka, malah sebaliknya asyik terkantoi, terperangkap dan terbabas di sana sini.
Beberapa siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka. Walaupun tema demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan rakyat, namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak mereka.
Malah, rakyat semakin meluat, menyampah, ragu-ragu hatta takut melihat gelagat mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mengambil alih negara.
Perkembangan ini memaksa rangkaian pengkhianat ini untuk mencari alternatif lain bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di kalangan penyokong mereka.
Untuk ini, mereka bergantung kepada ‘jiwa hamba’ yang menyelubungi penyokong mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan, Pengerusi BERSIH untuk mengadap menyembah bangsa penjajah, iaitu Nick Xenophon, seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia. Ambiga ditugaskan secara rasmi untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.
Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.
Pastinya, untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing, atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali.
Namun, ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga. Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih.
Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi, keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan. Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini. Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia.
Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu. Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya.
Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas. Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan.
Justeru, di manakah kedudukan Ambiga sebagai warganegara, sebagai pemimpin atau sebagai manusia dalam tindakan ini? Tiada yang lebih keji dari seorang pengkhianat yang memburukkan negara sendiri, meminta kerajaan asing campurtangan tetapi kemudian hajatnya ditolak oleh kerajaan asing tersebut atas alasan usul yang dibawanya tidak berasas kerana tidak konsisten dengan fakta, angka dan rekod sejarah?
Jika benar Ambiga masih waras, beliau tentu merasa malu yang amat sangat. Selepas peristiwa yang memalukan ini, wajarlah beliau belajar mengutip cebisan-cebisan maruah yang tinggal dan bersara terus dari menjadi pengkhianat negara.
No comments:
Post a Comment