Saturday, January 12

ANWAR TERTELAN KEMALUAN SENDIRI #KL112 GAGAL.....


Jika hendak dibandingkan dengan Sambutan Hari UMNO66 jumlah peserta 120 ribu. Jumlah yang hadir pada #KL112 adalah 45 ribu..Jika hendak dibandingkan dengan jumlah pengundi yang berdaftar  di Setiap parlimen adalah lebih kurang 40-60ribu.Macam mana Anwar berucap mahu menawan Putrajaya.Ternyata apa yang dihajati oleh Anwar bakal menjadi mimpi ngeri bagi Pakatan Rakyat...

Jumlah ini yang hadir pada hari ini MKP rasa lebih kurang aje yang hadir pada Perhimpunan mereka di Stadium Darul Aman tempoh hari....KLIK  

Setelah dipalitkan dengan pelbagai dakwaan salah laku moral dan kronisme, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menagih simpati rakyat agar memberi peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Beliau yang kerap kali berkata 'suara rakyat, suara keramat' seolah-olah menghantar mesej kepada rakyat agar berbuat sesuatu bagi memastikan gagasan itu berjaya mencapai cita-citanya untuk berkuasa di Putrajaya. 

"Beri peluang supaya suara rakyat menjadi suara pentadbiran di negara ini. Suara rakyat, suara keramat," kata Anwar.
 
Beliau kemudiannya mengulangi janji Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
 
"Hari pertama kita memerintah, harga minyak akan diturunkan. InsyaAllah, PTPTN kita akan hapuskan, tol dan AES kita akan tumbangkan.
 
"Jadi berilah peluang pada Pakatan Rakyat sebab kita peka, bukannya pekak macam Barisan Nasional," ujar Anwar kepada lebih kurang 45,000 peserta himpunan yang hadir.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilihat cuba mempengaruhi rakyat melalui cadangan penubuhan 'Malaysia Baru' pakatan pembangkang dengan alasan untuk perkara tersebut diimpikan rakyat.
 
"Ini bukan lagi satu impian, anda semua yang ada di sini Malaysia Baru di tangan kita," katanya.
 
Beliau turut memperlekehkan komitmen kerajaan membantu rakyat melalui program-program yang disalurkan.
 
Beliau mendakwa kerajaan tidak ikhlas membantu rakyat apabila berkeras untuk melaksanakan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun mendapat tentangan banyak pihak.
 
Katanya bantuan kewangan RM500 yang diberikan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diperoleh semula oleh kerajaan dengan mengenakan saman terhadap rakyat.
 
"Tapi jangan suka terlalu awal, tangan kanan bagi duit, tangan kiri ambil balik. Kita nak haramkan dan hapuskan AES 1Malaysia," kata beliau ketika berucap.
 
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya dilihat tersasar daripada matlamat asal himpunan pembangkang.
 
Hadi tidak ubah hanya mengulangi 'mentera' lamanya dengan menghentam kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) berbanding menekankan mengenai sepuluh tuntutan himpunan ini.
 
"Walaupun menerima konsep Islam agama rasmi persekutuan, hak bumiputera Melayu, hak bahasa ibunda, raja mengikut perlembagaan, Umno gagal memperkasakan Islam. Gagal memperkasakan Melayu Bumiputera. 
 
"Malah pemimpin Umno tidak tunjuk wajah Islam sebenar, hanya wajah rasuah, wajah penyelewengan, penipu," kata beliau dalam ucapan.
 
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Marang itu berkata pakatan pembangkang akan menangani Umno dengan menawarkan pelbagai keperluan rakyat dengan bersih dan adil.
 
"(Kita) akan hapuskan tol di Malaysia kalau kita ke Putrajaya, bebaskan cukai.
 
Pengerusi sekretariat himpunan Mohamad Sabu sebelum itu menafikan dakwaan bahawa peserta-peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut dibayar sejumlah wang.
 
"Yang tak suka (himpunan), kata kita bayar RM150...kamu semua yang datang hari ini yang bayar, yang keluarkan duit untuk Pakatan," ujar beliau.

1 comment:

  1. Apalah Pakatan ni, tak habis-habis dengan rusuhan, himpunan, ceramah sana-sini.

    Burukan orang lain namun lalang tumbuh meninggi hingga menjolok juboq di laman sendiri masih tak sedarkah !

    Yang dok berhimpun makin lama makin kurang yang ikut pun orang yang sama.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.