Thursday, March 14

BERBALOI KE? HINA POLIS DENGAN HARGA 5RIBU SAHAJA.......


MKP nak tanya pada Balu serta ahli Keluarga Syuhada pejuang Negara yang kini bersedih dengan kehilangan ahli keluarga, berbaloi kah Tian Chua hanya didenda 5ribu dan penjara 3 tahun....?

Dengan tindakan serta Undang-Undang yang ada ini membolehkan ramai lagi yang tampil menghina Pejuang Negara...Sedangkan mereka (Pemimpin Pembangkang) yang menyaman pemimpin/media/blogger lebih dari angka yang dinyatakan, angka paling sedikit telah dikenakan adalah 50ribu berbanding dengan Tian Chua hanya 5ribu.......

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.

Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu. 

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih dari RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Semoga ianya menjadi pengajaran kepada individu lain supaya bercakap menggunakan akal bukan ikut sedap mulut saja!

2 comments:

  1. WHAT?????

    RM 5000.00 AJE?????? XXXXXX PATUT.

    HMMM...PATUTLAH FOTO DIA TERSENYUM JE NAMPAKNYA. MUKA X MALU KULIT TEBAL MACAM K******* @ B***

    PENJARA DAN DENDA YANG SELAYAKNYA.

    TETAPI

    PALING SESUAI BUANG NEGARA JADI SUAKA POLITIK. DUIT TU NO HAL BAGI DIA SEBAB KUNCU2 DIA AKAN PUNGUT DERMA UTK BAYAR.

    ReplyDelete
  2. Polis Tengah siasat tak payah la buat hukum sendiri. menentang syariat allah tak kena denda pun.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.