Thursday, March 14

TERKINI : #LahadDatu MAYAT PENCEROBOH DITEMUI


Gambar diatas menunjukkan mayat penceroboh yang telah ditemui. Walaupun sadis MKP siarkan jugak. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman tidak menafikan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu seperti dilaporkan akhbar Filipina baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata, Wisma Putra akan mendapatkan maklumat terperinci daripada rakan sejawatannya bagi memulakan penyiasatan di negara ini untuk memastikan sama ada rakyat Malaysia menjadi dalang dalam mewujudkan ketidakstabilan berkenaan.

"Saya telah meminta rakan sejawatan saya untuk terus memberi maklumat berkaitan apa yang dilapor akhbar Filipina berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga.

"Beberapa diplomat dan duta turut mempersoal mengapa ia berlaku sekarang?

Itu adalah soalan yang kerap ditanya ketika ini.


Kaitan antara ketua pemberontak Filipina Nur Misuari dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan dalam kabel diplomatik Amerika yang dibocorkan dari kedutaan Amerika Syarikat di Manila.

Laporan pada 2007 kepada Jabatan Negara itu menyifatkan Misuari, yang mengasaskan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), sebagai seseorang yang nampaknya masih menaruh aspirasi untuk "mendapatkan semula" Sabah dari Malaysia.

Ia berkata, pihak berkuasa Malaysia telah mengambil perhatian mengenai hubungan Misuari dengan Anwar, yang digambarkan sebagai kawan lama kepada pemimpin MNLF.

"MG Dolorfino (Komander Angkatan Tentera di Wilayah Negara Filipina, Mejar Jeneral Ben Dolorfino) mengulas bahawa Malaysia bukan hanya bimbang mengenai niat Misuari terhadap Sabah ... tetapi juga tentang hubungan beliau dengan Anwar baru-baru ini " kata kabel itu.

Kabel tersebut merupakan antara lebih 250,000 dokumen yang dibocorkan oleh laman web Wikileaks pada tahun 2010 dan boleh dibaca di http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html


2 comments:

  1. Kejammmm....pembunuhan kejammmm....tak kan pakatan nak lambatkan proses PRU 13 dgn berlakunya kejadian ini......Pikiaq sendiri laaa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita doakan kpd roh atm&pdrm dan tentera sulu sbb sama2 islam. Roh2 mereka akan brtemu allah jd tahulah mereka siapa yg benar. Hanya yg brtakwa saja yg slamat dan brtokua akan jd cucur udang.

      Delete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.