Thursday, April 4

PASAL VIDEO TUT.........AHLI PKR KELUAR PARTI.........


Hebat PKR nie bukan setakat cakap tapi aksi melampau dan terlampau.Apa saja pun depa rela buat demi nak sokongan dari akar-umbi. menanam tebu dibibr mulut itu bagaikan makanan ruji harian dan kemestian bagi pemimpin PKR.Umpama habis madu sepah dibuang kedalam longkang. Pandangan akar-umbi jika berlawan arus sudah pasti akan disailang dan dibuang ketepi. Elok benar jika video ini dijadikan pedoman pada cai-cai PKR yang masih setia pada Anuwar. Takkan nak tunggu sampai kena kencing baru nak sedar.


Seramai 40 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar dari parti itu kerana kecewa terhadap pucuk pimpinan yang tidak memberi laluan kepada anggota menyuarakan pandangan.

Ketua Pemuda PKR bahagian Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Shukri menyerahkan borang kumpulan itu menyertai UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun di Wisma UMNO Sungai Siput di sini.

Aminuddin berkata, mereka melihat tiada kesepakatan antara pucuk pimpinan dan anggota parti selain pembangkang tidak boleh dijamin mentadbir negara dengan baik jika diberi mandat untuk memerintah.

“Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, bagaimana nak bersatu. Duduk dalam parti tapi tiada kesepakatan, bagaimana nak mentadbir negara. Boleh ke mentadbir negara dengan tiada sehaluan. Mentadbir negara bukan perkara yang boleh buat main-main,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyokong UMNO selama 20 tahun berkata, kawasan mereka tidak mempunyai perubahan terutama daripada aspek pembangunan sejak pembangkang menang di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008.

Kawasan itu disandang Dr. Micheal D.Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri S. Samy Vellu dan calon Bebas Nor Rizan Oon dengan majoriti 1,821 undi.

Aminuddin berkata, mereka juga difahamkan pucuk pimpinan PKR merestui calon PSM untuk bertanding atas tiket sendiri di kawasan parlimen berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Beliau yang menjawat jawatan ketua pemuda sejak 2001 akan mengatur strategi supaya BN dapat merampas semula kawasan berkenaan.

Sementara itu, Dzulkifli berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Aminuddin dan anggotanya kerana memberi sokongan kepada BN.

“UMNO bahagian bangga kerana kembalinya bekas pemimpin PKR yang juga anak didik saya dahulu. Tepat pada masanya…kehilangan keyakinan mereka kepada pembangkang dapat membantu BN Sungai Siput,” katanya. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.