Wednesday, April 3

RAJA KHALWAT LARI KE SABAH TAKUT DIPUKUL LAGI.....


Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Dr Badrulamin Bahron yang pernah dipalitkan dengan tuduhan khalwat membayangkan bahawa beliau akan diletakkan sebagai calon di Sabah.

Dr Badrulamin walau bagaimanapun berkata belum ada keputusan rasmi dari kepimpinan tertinggi parti mengenai perkara itu.

"Mungkin di Sabah, belum diputuskan lagi. Sebab sekarang ni ramai calon, dan saya pun hanya menyerahkan kepada pucuk pimpinan, jika diperlukan saya bertanding, jika tidak saya tetap bekerja untuk kemenangan parti," katanya.

Dr Badrulamin yang berasal dari Sabah mula menyertai PKR pada tahun 1999, dan pernah dilantik sebagai Ketua PKR Sabak Bernam sejak 2000 sebelum menjadi Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor sejak Julai 2010.

Bekas pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditangkap khalwat bersama seorang wanita yang didakwa sebagai isteri orang pada Februari 2012.

Namun, beliau menafikan tuduhan itu mendakwa beliau cuba 'membantu' wanita tersebut yang mempunyai masalah rumah tangga dan mengganggap kejadian khalwat itu sebagai 'tindakan terancang untuk memerangi dan mengaibkan beliau'.

Beliau juga pernah ditahan di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad.

Sementara itu, pakatan pembangkang mengalami masalah tersendiri di Sabah apabila parti pembangkang tempatan berikrar untuk menolak sokongan terhadap Pakatan Rakyat di negeri itu.

Pengerusi Parti Pembaharuan Negeri (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebelum ini dilaporkan berkata pengumuman oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat tidak akan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di Sabah disifatkan sebagai menghina.

Pakatan Rakyat akan hanya bekerjasama dengan Ahli Parlimen Beufort Datuk Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, yang telah berikrar untuk bekerjasama dengan gabungan pembangkang.

Sabah yang dibawah kepimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN, dan untuk rekod, BN menang bergaya pada PRU12 yang lalu dengan 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dun.

Lajim baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat yakin memenangi 35 hingga 40 kerusi negeri di Sabah, selain mengatakan rakyat Sabah sudah biasa bertukar kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.