MKP cuma nak persoalkan satu pertanyaan pada pemimpin Komponen didalam Barisan Nasional nie. Berapa korang bagi pada Kerusi Parlimen pada Barisan Nasional pada PRU-13. Jangan menjadi burung tiong pandai bercakap tapi habuk pun tarak......Pooodah!!!
Tidak lama lagi perkataan `perkasa atau memperkasa' bakal menjadi sesuatu yang taboo di Malaysia. Jangan sekali-kali menggunakannya kerana pastinya kaum bukan Bumiputera, akan terasa hatinya dihiris-hiris, kerana perkataan itu sudah dianggap memberi maksud penindasan yang melampau.
Segala-galanya berpunca daripada pengumuman agenda memperkasa Bumiputera baru-baru ini yang menunjukkan mereka terus ditindas dan dirampas haknya, biarpun lahir di Tanah Melayu (nama lama Malaysia).
Malangnya, kaum berkenaan seringkali `lupa', siapakah yang turut meraih manfaat terbanyak setiap kali kerajaan mengumumkan sebarang usaha untuk memperkasakan Melayu dan Bumiputera di negara ini. Malah tanpa pengumuman itu, mereka yang lebih banyak menguasai kek ekonomi yang ada.
Kalau ada Bumiputera berniaga atau mahu berjinak untuk berniaga, siapa yang dicari untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk melaksanakan projek mereka? Itu belum kira, tindakan sesetengah pihak `buta hati' mengalibabakan kontrak-kontrak yang diperoleh.
Apa yang sering ditonjolkan bukan Bumiputera, bahawa mereka berjaya selama ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa sekelumit pun bantuan kerajaan. Biarpun tanpa keadaan yang aman, pastinya kejayaan itu tidak mampu dikecapi.
Perkasa, seperti mana lainnya juga menentang ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan.
Adakah usaha mempertahankan hak sendiri menjadi satu dosa yang besar?
Sukarkah untuk memahami hasrat kerajaan apabila cuba untuk memantapkan keupayaan Melayu dan Bumiputera, segala-galanya bertujuan mengelak wujudnya jurang pengagihan kekayaan yang lebar.
Perlukah dibutakan mata dan dipekakkan telinga hanya semata-mata untuk keinginan kita (bukan Bumiputera) dijaga.
Bukankah keadaan itu sekiranya dibiarkan berterusan akan menyebabkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan implikasi yang negatif, sekali gus semua pihak akan menderita seperti mana yang berlaku di sesetengah negara. Sukarkah untuk melihat segala-galanya secara rasional, benarkah kesemua kekayaan dibolot oleh Melayu dan Bumiputera yang mana syarikat milik mereka hanya lapan peratus mencatat perolehan RM5 juta pada tahun 2010.
Dahulu, ketika kerajaan mengumumkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai usaha untuk meningkatkan penguasaan 30 peratus dalam ekonomi negara, kaum bukan Bumiputera juga mempertikainya.
Seseorang itu tidak perlu mempunyai IQ yang tinggi untuk memahami hakikat. Apa yang mahu dicapai kaum Bumiputera hanya penguasaan 30 peratus daripada 100 peratus kepentingan dalam ekonomi. Malah kaum bukan Bumiputera masih berupaya untuk menguasai baki 70 peratus lagi, bukankah angka 70 peratus itu jelas jauh lebih besar daripada 30 peratus.
Usahlah hanya dipandang kepada keperluan membantu orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung semata-mata, biarpun masih ramai memerlukannya kerana mereka yang berada di Sabah dan sarawak juga mengharapkan sokongan yang sama.
Lagipun, tidak sedikit bukan Bumiputera turut dibantu kerajaan untuk maju.
Pastinya Melayu dan Bumiputera kini memahami, mereka bukan meminta dibantu untuk selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang, sekadar untuk menjadi pemula supaya mampu bertapak lebih jauh.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.