Thursday, October 10

WA BIKIN BOLEH, LU JANGAN BIKIN SALAH MA!!!! @CmLimGuanEng


Goh Leong San yang dikatakan akan dikenakan tindakan kerana memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mencabar dua pengadunya supaya memutuskan hubungan dengan dua pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Dua pengadunya iaitu ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana, Lai Keun Ban sebelum ini dikatakan mahu `melukis sempadan' yakni memutuskan hubungan dengan Leong San kerana Pengerusi DAP Melaka itu memuji Idris sebelum ini.

Leong San berkata, Poay Tiong dan Keun Ban juga perlu mengambil tindakan serupa terhadap Guan Eng dan Kit Siang kerana kedua-dua pemimpin DAP itu juga pernah memuji pemimpin Barisan Nasional (BN).

``Guan Eng pada 27 March 2011 telah memuji Datuk Seri Mohamaed Nazri Aziz dan Mohamed Nazri pula memuji balik Guan Eng pada 27 November.

``Kit Siang pada 30 April 2010 pula memuji Perdana Menteri kerana menyediakan peruntukan kepada sekolah aliran Cina.

``Kit Siang pada 27 April 2013 berkata bahawa pihak pembangkang bersedia melantik bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai menteri,'' katanya seperti dipetik China Press.

Leong San yang merupakan Pengerusi DAP Melaka bertanya kepada Poay Tiong dan Keun Ban sama ada kenyataan Kit Siang dan Guan Eng tersebut merupakan satu pujian kepada pemimpin BN.

``Jika ya, maka mereka perlu mewujudkan sempadan jelas (memutuskan hubungan) dengan pemimpin DAP berkenaan,'' katanya.

Leong San berkata, pembangkang yang matang perlu memberi kritikan dan pujian mengikut kesesuaian.

ADUN Duyong itu berkata, beliau banyak bersabar terhadap ahli ketika menjadi Pengerusi DAP Melaka sejak lapan tahun lalu kerana mahu orang luar melihat DAP sebagai parti yang bersatu.

``Tak sangka hanya enam bulan selepas pilihan raya, mereka telah menunjukkan ketamakan masing-masing dan mahu merampas jawatan pemimpin pembangkang negeri dan Pengerusi DAP Melaka.

``Mereka mahu menendang saya keluar dari DAP dan memaksa saya bertanding sebagai calon bebas. Saya berpendapat keputusan parti untuk membenarkan Keun Ban bertanding dalam pilihan raya adalah satu kesilapan,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.