Jangan nak main cakap saja.Sekarang ini Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kena buktikan dari mana beliau dapat angka itu.
Malah sewaktu Ahli Parlimen Lembah Pantai ini membangkitakan dakwaan Polis Diuraja Malaysia (PDRM ) ada menempatkan 30 orang anggota polis cawangan khas ramai yang merasakan ia tidak masuk akal.
Soalnya apa yang mereka nak buat.Lagipun London merupakan sebuah tempat yang tidak ada risiko keselamatan.
Apakah mereka nak mengintip ramai rakyat dan pelajar Malaysia di sana.Apa bendanya yang nak diintip.
Pagi Sabtu,jawapan dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri boelh buat Nurul gigit jari.
Beliau yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Bukit Aman hanya menyifatkan dakwaan anak Ketua Pembangkang itu sebagai ,"Sesetengah orang mempunyai imaginasi yang lebih."
Katanya jumlah itu ada terlalu besar dan tidak munasabah.
Menurut Khalid apa yang didakwa oleh Nurul Izzah itu tidak benar.
Ketua Polis Negara mengakui ada anggota SB ditempatkan di sana tetapi jumlahnya adalah kecil.
Katanya polis tidak merancang ambil apa-apa tindakan terhadap Nurul Izzah kerana ia membazir masa siasat perkata yangb tidak betul.
Nurul Izzah membuat dakwaan itu di satu forum di Bangsar baru-baru ini.
Beliau cuba menimbulkan pandangan negatif terhadao kerajaan dengan mendakwa kos menempatkan kontinjen SB di London dibiayai oleh dana awam itu satu pembaziran.
Sebelum ini perbuatan beliau bercakap soal penempatan SB itu telah mencetuskan kecaman dikalangan para pemimpin Barisan Nasional.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim antara lain berkata PKR tidak perlu mempertikaikan usaha kerajaan untuk menempatkan berapa saja anggota SB dimana pun.
"Saya kalau dari segi keselamatan, kalau kita perlukan 60 orang pegawai SB dari segi keselamatan, maka 60 oranglah, kalau 30 orang, 30 oranglah, mereka hendak intip ke apa ke, itu kita tidak tahu. Itu tugas mereka...
Shahidan menilai Nurul Izzah sengaja mempertikaikan tindakan itu semata-mata mahu mempolitikkan isu tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.
"Pembangkang di negara ini sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak berkepentingan.
"Pihak berkuasa harus menyiasat bagaimana Nurul Izzah tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu adalah rahsia strategi keselamatan negara,” katanya.
MKP Ayat Sempoi : Lama dah simpan Part-4 Tunggu masa aje nak kuar. Kasi geli skit.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.