Monday, November 18

10 TAHUN WAYANG KULIT TUAN GURU NIK AJIS, SAMPAI BILA LAGI....


Tahun 1993, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang telah meluluskan sebulat suara Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan hukum Hudud.

Enakmen itu yang turut dipersembahkan kepada Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Sultan Ismail Petra kemudiannya mendapat perkenan dan persetujuan baginda serta menurunkan tanda tangan bagi membolehkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakannya.

Bagaimanapun, Pas yang dari awal lagi menggunakan Hudud sebagai agenda politiknya, terpaksa mencari jalan untuk melengah-lengahkan perintah Sultan Kelantan itu kerana mereka sebenarnya tidak ada kemampuan untuk melaksanakannya dan tambahan pula hukum yang dikarang oleh Pas itu tidak lengkap.

Kebetulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membaca Enakmen itu telah membuat kenyataan bahawa Hudud Pas tidak boleh dilaksanakan kerana wujud kepincangan yang jelas dan nyata dalam bentuk hukuman yang bakal dikenakan ke atas pesalah.

Kenyataan itu kemudian digunakan oleh Pas sebagai alasan untuk mempersembahkan kepada Sultan Kelantan, kononnya mereka tidak dapat melaksanakan hudud yang diluluskan itu kerana kerajaan Pusat tidak bersetuju.

Hari ini, sekali lagi kerajaan Pas terkedu dengan kenyataan Daud (Ketua Hakim Syarie Kelantan) mengenai negeri itu mampu untuk melaksanakannya.

Tidak ada seorang pun pemimpin Pas bersuara, begitu juga Nik Abdul Aziz yang hampir setiap kali tiba musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selalu mendendangkan lagu hudud Pas.

1 comment:

  1. seakarang dia sudah turun dari MB. Bukan mau sambung lagi kerja tok dalang wayang kulit. udah2 lah nik ajis.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.