Saturday, November 16

Presiden KP1M Cedera @AzeezPutera @NajibRazak @HishammuddinH2O


Hasrat yang murni untuk membantu Mangsa Haiyan akhirnya ditimpa musibah, Namun ini adalah kemalangan kecil berbanding derita yang ditanggung oleh mangsa Haiyan. Semangat petugas serta Datuk Azeez Rahim sendiri tidak luntur.

Akibat angin kencang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan Taufan Haiyan di Tacloban, Filipina menerima empat jahitan selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah tumbang dan menghempap kepalanya, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Sebelum kejadian di kawasan operasi sukarelawan berdekatan Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, dekat Taclon itu, Abdul Azeez sedang mengadakan perbincangan bersama dengan anggota sukarelawan lain selepas mengagih-agihkan bantuan di kawasan berdekatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Tacloban sebelum menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

1 comment:

  1. kita nak p tolong pun agak2 la. Kerna tgk dlm berita TV mangsa Haiyan merayu agar kerajaan Filipina cepat hantar bantuan dan mcm2 lagi. Kerajaan dia sendiri pun tak serius nak tolong rakyat dia sendiri. fikir2 lah...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.