Wednesday, December 18
SIMPATI SIKIT PADA RAKYAT, JANGAN BUAT MACAM NIE......
Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.
Ini kerana kenaikan dalam sahaja kuantum akan menyukarkan rakyat khususnya di dalam bandar dan dalam kalangan mereka yang sentiasa menggunakan laluan bertol.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dalam konteks tol, secara spesifisk BN telah berjanji kepada rakyat di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan pembangunan Luar bandar untuk mengurangkan bayaran tol secara berperingkat.
“Saya menaruh keyakinan PM akan melihatnya secara lebih komprehensif kerana beliau sendiri mengumumkan kos sara hidup sebagai agenda utama akujanji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, Reezal Merican menyeru Kementerian Kerja Raya kajian secaa holistic sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada makan datang.
“Ia perlu mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan,” jelasnya.
Antara lebuh raya baharu yang dalam peringkat perlaksanaan kini adalah Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Lebuhraya Kinrara-Damansara dan Lebuh Raya Sungai Dua-Juru.
Kesemua lebuh raya baharu itu, katanya, mempunyai implikasi kewangan harian kepada pengguna bandar baik di Lembah Klang .
“JKR juga perlu umum status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, LDP dan NPE. Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula ini, apatah lagi aoabila ia dinyatakan secara spesifik dalam pelan Strategik Kementerian Kerja Raya,” jelasnya.
Menurutnya, rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan pengguna dalam apa sahaja keadaan.
Beradarkan maklum balas rakyat terbanyak, mereka rasa terbeban dengan apa terbina dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.
4 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Kalau apa yg berlaku kini berlaku sebelum PRU 13, rasanya BN bukan k'jaan pusat sekrg.
ReplyDeletegua caya sama Tun M.PM paling hebat dn byk jasa.
ReplyDeleteLaa..ada pulak yg nak jd hero...kononnya. baru jd ahli parlimen. aku x pecaya sgt kat dia ni...pandai ambik kesempatan...utk popular diri...kami tau la org kepala batas..
ReplyDeleteKali ni memang telungkuplah BN janji dicepatikan. Masa itu emas bila sampai PRU 14 coonfirm lemas punya. Tunggu masa itu
ReplyDelete