Tuesday, December 17

Susah "Batang Nak Naik" untuk BN


APA SUDAH JADI DGN MALAYSIA?

Sejak akhir-akhir ini. Kerajaan terpaksa mengumumkan dasar-dasar yg tidak populis.

Keputusan kerajaan itu mendapat reaksi negatif sebahagian besar rakyat Malaysia. Ada juga yg menggunakan jaringan media sosial untuk melepaskan geram, maki hamun dan kritikan ekoran tindakan kerajaan itu.

Wahai rakyat Malaysia yg budiman. Tindakan kerajaan bukanlah semata-mata untuk membebankan rakyat. Kerajaan tahu kesusahan rakyat. Percayalah, keadaan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

Ini kerana, kerajaan sedang berusaha keras demi memastikan negara tercinta diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Namun, demi merealisasikan agenda negara itu, kerajaan berdepan dgn ancaman dari dalam dan luar negara. Selain pembangunan fasiliti dan perkhidmatan awam, kerajaan juga bersepan dgn mentaliti rakyat dan pelampau politik yg mengambil kesempatan terhadap dasar2 kerajaan yg tidak populis. Sedikit sebanyak ia merencatkan usaha kerajaan.

Namun, kerajaan Malaysua tidak gentar dan bersungguh-sungguh berusaha demi memastikan rakyat menikmati pendapatan tinggi dan kemudahan awam kelas pertama menjelang 2020.

Wahai rakyat Malaysia, percayalah ketika ini kita perlu berkorban sedikit demi melancarkan proses transformasi negara menjadi sebuah negara maju.

Untuk menjaga negara, beban tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Namun pengorbanan rakyat juga sgt membantu untuk kerajaan melaksanakan misi2 demi merealisasikan impian Malaysia menjadi negara maju.

Penarikan subsidi secara berperingkat adalah perlu untuk memastikan negara mampu menyediakan prasa ekonomi yg teguh.

Walaupun negara mendapat kritikan oleh pakar kewangan dunia terhadap pemberian subsidi kpd rakyat, kerajaan dijangka tidak menghapuskan terus subsidi menjelang 2020.

Kerajaan sedang berusaha mencari mekanisme untuk mengawal harga barang keperluan asas tanpa pemberian subsidi.

Kerajaan juga merancang menetapkan gaji minima RM1500 utk rakyat menjelang 2020. Kakitangan awam gred 17 dijangkan memperoleh gaji minima RM1800 pada 2019. Kenaikan juga berlaku utk gred2 lain.

SPAD telah diberi KPI supaya segala prasarana dan kemudahan pengangkutan awam berada pada kelas pertama menjelang 2019.

Wahai rakyat Malaysia. Percayalah, dasar2 yg tidak populis yg diumum kerajaan adalah strategi jangka panjang utk memastikan negara terus kental berdepan cabaran dunia yg tidak menentu.

Dan percayalah, setiap pengorbanan itu akan dibalas dengan setimpal. Setiap pengorbanan tidak ada yg sia-sia. Dan pengorbanan boleh menjamin kejayaan.

Terima kasih rakyat Malaysia kerana rela berkorban untuk negara.

Semoga usaha dan iltizam pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, demi memastikan negara Malaysia diiktiraf sebagai negara maju 2020 menjadi realiti dan kebanggaan kita semua suatu hari nanti.

Tenaga Nasional Berhad maklumkan bahawa 70.7% pelanggannya atau 4.56 juta rumah yang guna kurang 300kWj atau bil kurang RM77 sebulan tidak akan terlibat dengan kenaikan tarif letrik. 1 juta lagi pelanggan yang bil RM20 ke bawah dibayar oleh Kerajaan dengan kos RM150juta setahun.

2 comments:

  1. kalau boleh jgn la naik itu dan ini cara serenrak. TNB naik, lebuhraya naik, harga barabg naik mendadak, rumah naik. Gov perlu serapkan kenaikan ni dgn subsidi dan boleh naik cari gradually.(ansur2)

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Berapa pulak lepas ni harga yang perlu dibayar bila negara mencapai status maju tahun 2020...? Sementara aje ke Bro... Bukan kah kat Malaysia ni kalau sesuatu dah naik takan turun2 lagi Bro... Ingat masa zaman Dollah naikan minyak kononnya harga minyak dunia naik... bila harga minyak dunia turun kita bayar harga yang sama dan terus naik hingga lak ni...apa cer????

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.