Monday, March 10

25 TOMAHAN PEMBANGKANG..........? #PrayForMH370 #MalaysianAirlines @LokmanAdam


Ini apa yang dibangkitkan oleh pembangkang berhubung kehilangan MH370 dan dibawah 25 soalan ini ada jawapan balas saya.

Soalan Pembangkang

(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia.


Kita tak hantar ahli keluarga ke Beijing. Kita bawa ahli keluarga utk standby di Putrajaya.

(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak.

Keluarga diminta utk sediakan passport kerana jika pesawat dijumpai diluar Malaysia, ahli keluarga akan diterbangkan ke negara tersebut utk sambut penumpang atau jenazahnya. Semua akan ditanggung MAS @ Kerajaan.

(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa.

Ahli keluarga sekarang ini dalam keadaan tertekan dan sedng diberikan khidmat kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Larangan temuramah ini utk mengurangkan kesunggulan ahli keluarga mangsa yg terlibat.

(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa.

Sumber yang terbaik untuk mendapat maklumat sahih berhubung kehilangan MH370 adalah melalui pihak berkuasa. Dalam hal ini, dari masa kesemasa Ketua Pengarah Penerbangan Awam akan mengeluarkan kenyataan media. Kalau tengok internet, pelbagai cerita direka termasuk pendaratan di Nanning, terhempas di Vietnam dan sebagainya.

(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik.

Ahli keluarga sudah diperjelaskn kenapa mereka seelok2nya tidk mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan tekanan terhadap ahli keluarga mangsa.

(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula.

Gambar yang ditayangkan media adalah gambar yg berhubungkait dengan kejadian, kita tak boleh mereka cerita atau ambil gambar lokasi lain untuk melariskan sesuatu media.

(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy).

Rakaman CCTV telah digunakan utk proses siasatan. Punca kehilangan masih belum diketahui, jika gambar 2 orang yang menggunakan passport palsu itu ditayangkan, sudah pasti ahli keluarga kedua individu terbabit akan menjadi sasaran kemarahan orang ramai. Sedangkan, kita belum tahu apa punca kehilangan MH370.

(8) Beberapa jam selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang
(warga Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan passport di Thailand.

Kita naik pesawat mana sekalipun, pihak imigresyen hanya akan periksa passport kita dan pastikan gambar dalam passport sama dengan penumpang.  Dalam kes ini siasatan turut dibuat dipihak imigresyen bagi memastikan punc bagaimana individu terbabit boleh terlepas menaiki pesawat.  Hanya rakyat Malaysia menggunakan biometric lane, warga asing dan segelintir warga malaysia menggunakan laluan manual.

(9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia investigate rakaman cctv di KLIA
terlebih awal, dan verify setiap penumpang (list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita tak buat security check yang teliti?

Sebaik sahaja MH370 dilaporkan hilang, CCTV antara perkara utama digunakan bagi tujuan siasatan. Selagi siasatan belum selesai dan tiada keperluan untuk mendedahkan isikandung CCTV, ianya sudah pasti tidak akan didedahkan.

(10) Since rakyat dah tahu ada dua penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan passport curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah.

Seperti yang saya sebut tadi, kita tak boleh dedahkan identiti 2 individu terbabit atas sebab keselamatan.

(11) Sepanjang berita pasal MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan ikut pasukan keselamatan ambil footage atashelikopter ke, kapal laut ke, interview ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke.

Memang media seperti RTM ada atas kapal dalam misi mencari dan menyelamat. Mungkin yg tanya soalan ni tak tengok RTM. Interview pihak2 terbabit rancak diadakan tiap hari oleh RTM, TV3, BernamaTV, Awani dan sebagainya.

(12) Dalam salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join aktiviti mencari.

Adalah tidak benar pihak Thailand tidak membantu proses pencarian.  Radius pencarian sudah melebihi 50 batu nautika dalm tempoh 24 jam pertama.

(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media kapal terhempas di laut
selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis ke? Pelik kan.

Berita terhempas di Vietnam hanyalah spekulasi dan cerita rekaan. Itu sebabnya kita mencadangkan agar rakyat merujuk kepada saluran maklumat rasmi kerajaan sahaja.

(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok tumpahan minyak di laut
selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa.

Footage tompokan minyak di Vietnam telah disiarkan RTM, temubual telefon dengan tentera Vietnam juga telah disiarkan. Buat masa kini kita masih menunggu keputusn makmal keatas sampel tumpahan minyak tersebut.

(15) Laporan berita akhir tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update,
well selalunya kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat.

Biasanya jika ada penemuan terbaru baru media akan update, tapi sekarang dari masa kesemasa Ketua Pengarah DCA tetap akan buat sidang media walau tiada penemuan baru.

(16) Temuramah dengan seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga
merupakan kawan kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula).

Apa yang peliknya jika media interview orang yang cool, takkan nak interview orang yang serabut dan terganggu emosinya.

(17) Kita duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini hantar jet, tapi footage media (video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina yang lebih jauh join.

Kita tak boleh paksa mana2 negara lain utk hulur bantuan sertai misi kemnusiaan, mencari dan menyelamat.

(18) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency.

Emergency tak bererti semua maklumat boleh dikeluarkan secara semborono sebelum disahkan kesahihannya.

(19) Cerita di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas
ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak carik ke?

Saya dah mula mengesyaki orang yang tanya soalan ni ada masalah dengan Thailand. Asyik tanya Thailand je. Kan Ying Luck call PM kita tawar bantuan. Kalau baca harakah dan malaysiakini sahaja memang tak keluar.

(20) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport.

Kita bebas nak compare berita dari mana sekalipun asalkan kita tidak terlibat menyebarkan berita palsu.

(21) Media keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana.

Soalan ni saya dah jawab tadi.

(22) Ahli keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh? Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis keluar media kan?

Soalan ni pun saya dah jawab. Kalau dalam interview ahli keluarga juruterbang tu dedahkan yang si Zaharie tu menyokong tegar PKR, tak ke haru nanti orang spekulate Anwar terlibat. Contohnyalah.

(23) You try la analyse all the news. The subjects, the contents, the presentations, the faces on the news, etc.

Yes you are free to make your own analysist. Tapi kena sentiasa ingat, ahli keluarga mangsa juga ada perasaan. Janganlah bertindak sehingga menambahkan luka hati mereka.

(24) I just want to share with you that all these questions are bewildering and they make "sel-sel otak tidak dapat berhubung". Some can be relevant and some can be not, and it depends
how different our "sel-sel otak berhubung".

Kerajaan Malaysia sedang buat yang terbaik demi memastikan pesawah MH370 dapat dikesan.  Daripada kita sibuk hal sel otak tak boleh berhubung, lebih baik kita perbanyakkan hubungan kita dengan Allah melalui doa dan solat hajat.

(25) Don't get me wrong, I didn't say it is a conspiracy or what not, I just wonder about all
these weird news because I watched them all and still waiting the updates because I do care like all of you do. Wallahua'lam.

Dulu masa insiden Al Maunah di Saukpun, orang kata ianya konspirasi kerajaan. Bila peristiwa Lahad Datupun orang kata ianya konspirasi. Sekarang bila MH370 hilangpun konspirasi juga ke.  Kesemua insiden ini melibatkan nyawa tau.  Terdesak sangat ke kerajaan Malaysia ni nak gadaikan nyawa orang sebegitu sekali. Kita baru je menang PRU13 setahun yang lalu.

Saya tolong jawab sedaya mungkin apa yang dibangkitkan oleh pembangkang diatas :

Kalau ada yang tak jelas boleh bertanya terus kepada saya melalui akaun twitter @LokmanAdam

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.