Sunday, March 9
Mengapa Kapal Selam Tak Diguna Dalam Operasi SAR MH370 @HishammuddinH2O @MyKamarul @KhairyKJ
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjelaskan pihaknya tidak mengerah dua buah kapal selam miliknya di dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana asetnya itu tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk melaksanakan operasi tersebut.
TLDM memiliki dua buah kapal selam jenis Scorpene daripada kelas Perdana Menteri dikenali KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.
Pesawat Boeing 777-200 MAS yang membawa 239 penumpang itu hilang ketika di dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China semalam dan sehingga kini belum ditemui.
Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dalam laman Twitter berkata,
Kenyataan Ahmad Kamarulzaman dibuat berikutan timbulnya persoalan dalam kalangan masyarakat tentang peranan yang boleh dimainkan oleh kapal selam milik negara di dalam usaha SAR pesawat malang MAS itu.
Pembangkang turut mempersoalkan mengapa TLDM tidak mengerahkan kapal selamnya itu.
Persoalan tentang peranan kapal selam negara itu timbul berikutan penghantaran sebuah jenis kapal jenis "Submarine Support and Rescue Vessel" (SSRV) oleh Singapura, yang mempunyai fungsi yang berlainan berbanding kapal selam yang digunakan untuk tujuan ketenteraan.
"Kita telah mengerah kapal SSRV kita," jawab Timbalan PTL itu dan menambah, kapal selam mudah mengesan sasaran yang bergerak di dasar laut berbanding objek statik.
Menurut Ahmad Kamarulzaman, TLDM telah mengerah enam buah kapalnya di dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 termasuk dua buah kapal peronda generasi baru KD Pahang dan KD Terengganu.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.