Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. MKP terfikir jugak macam mana boleh kena pada tangan. Anwar naik motor ke...? Atau ini hanya sandiwara mencari simpati..
DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.
Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Azmin Ali yang merujuk penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sebagai "Parti Cari Makan".
Dalam kenyataan beliau, Timbalan Presiden PKR itu turut mendakwa BN tidak mampu meletakkan seorang calon sebaliknnya melantik PCM untuk bertanding.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya memandang serius kenyataan Azmin PKR yang melabelkan PCM sebagai 'Parti Cari Makan'.
"Saya rasa perkara ini akan kita bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (MJP) parti akan datang. Selepas PRK nanti kita akan tengok apa tindakan yang boleh diambil.
"Kalau saya panggil PKR sebagai Parti Kelentong Rakyat atau Parti Samseng/ Gangster Rakyat dia mesti marah juga," katanya.
Cheng Guan juga mencabar Azmin membuktikan tuduhan bahawa beliau adalah proksi BN.
"Kalau dia kata PCM proksi BN sila tunjukkan bukti, itulah yang bijak dan terbaik untuknya. Kalau nak cakap. semua boleh cakap apa jua sesuka hati. Dalam musim pertandingan PKR semua calon PKR ambil kesempatan untuk mempopularkan diri menerusi kenyataan-kenyataan berikut.
"Saya rasa pihak PKR lebih baik selesaikan masalah dalaman mereka, jangan sibuk mencampuri hal kami dengan melemparkan pelabgai tuduhan tidak berasas. Kalau berani tunjuk bukti," katanya lagi.
"Dia tidak akan terlepas, tetap akan berdepan tindakan. Semasa proses penamaan calon semalam. Saya melihat gelagat banyak ahli DAP melaung nama PCM sebagai cari makan.
"Namun, kami tidak gentar,, mungkin mereka takut kami akan menang. Mereka perlu belajar menghormati calon lain dengan menunjukkan sikap profesional," tegasnya.
Pada PRK kali ini, Selain Cheng Guan, tiga lagi calon bertanding iaitu Ramkarpal Singh (DAP), Mohamed Nabi Bux (bebas) dan Abu Backer Sidek Mohmad Zan (bebas).
Anwar dah mula kempen sakit sana sini sebelum nk masuk penjara... Kita tgu apa alasan yg akan diputar belitnya supaya dilewatkan masuk penjara...
ReplyDelete