Tuesday, May 13

TUN GHAFAR BABA....VS POK iD


TUN Abdul Ghafar Baba yang meninggal dunia pada 23 April 2006 adalah pemimpin negara yang perlu dikenang. Sudah lapan tahun beliau meninggalkan kita bersama jasa-jasanya.

Ghafar meninggal dunia pada usia 81 tahun. Allahyarham menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri selama tujuh tahun, lebih lama daripada yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.

Peranan dan kepimpinan Ghafar dalam politik perlu dikenang secara serius, terutama perjuangan beliau yang besar membangunkan UMNO yang menjadi benteng umat Melayu dan Islam.

Ghafar merupakan pemimpin politik dan negarawan yang luar biasa malah berbeza berbanding dengan pemimpin yang lain sehingga mencapai status sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Terkenang dan merindui Allahyarham Tun Ghaffar Baba, bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu...

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, Bukit Tembun, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan meninggal dunia pada 23 April 2006 di mana jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

KENALILAH DIA WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN... INILAH CONTOH INDIVIDU YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT !!!!!

Beliau sanggup meletakkan kedua-dua jawatan yang tertinggi didudukinya apabila tahu ANWAR IBRAHIM mendapat restu Presiden UMNO untuk menentangnya.

Beliau meninggalkan pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan membawa keluar sehelai beg plastik sahaja...

Kita bandingkan dengan perwatakan pemimpin UMNO yang ada sekarang. Kononnya BERPENDIDIKAN TINGGI & KAYA RAYA tetapi bila kalah bertanding, diarah letak jawatan dan setelah bersara dari politik mereka menjadi MUSUH kepada UMNO.

Kita lihat apa terjadi kepada Ahmad Said (Terengganu), Anwar Ibrahim (Pulau Pinang), Kadir Sheikh Fadzir (Kedah), Tengku Razaleigh (Kelantan), Musa Hitam (Johor) dan ramai lagi.... semuanya menikam UMNO setelah tiada jawatan.

Ingatlah PERPINDIDIKAN TINGGI itu mungkin pandai TETAPI tidak semestinya BIJAK !!!!

4 comments:

  1. Kalau arwah Tun Ghafar berada di tempat Ahmad Said, saya rasa beliau pun akan buat tindakan yang sama. Maruah sebagai bapa pengantin lebih tinggi dari parti!

    ReplyDelete
  2. Tetapi parti inilah yg membela agama, bangsa dan negara. Masaalah adalah manusia pemciptanya bukannya parti yg punya sebab. Tiada parti keramat ini maka pengemis lah bangsaku.

    ReplyDelete
  3. pada pendapat saya ds ahmad said lah pemimpin umno yang paling cerdik. Beliau berjaya menggertak pemimpim tinggi umno yang lena diulit mimpi yang kononnya hebat.

    Macam ni kata UMNO kuat? kuat taik kuceng..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.