Saturday, May 10

MANA PUNYA MAMAK DOK MASUK DAUN PULAK......


Jika ditanya MKP, Riak muka memang dah ada gaya untuk bertanding..... Muka dah memang mamak. Almaklum kat Penang kebanyakkan dari yang dok ada memang muka macam nie. Siapakah gerangan depa nie....?

Ahli Pas Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar, 63, menawarkan diri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Mohamed Nabi Bux yang juga bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves berkata, beliau akan meminta kebenaran pemimpin Pas Pusat untuk bertanding atas tiket parti itu.

Walau bagaimanapun menurutnya, beliau akan tetap akan bertanding dalam PRK berkenaan atas tiket Bebas sekiranya tidak dibenarkan pemimpin Pas Pusat.

MKP sangkakan asal dari Penang tapi tidak....Nampak gayanya memang cari nahas.....

Dalam demokrasi setiap undi ada nilainya. Ia adalah suara yang mencerminkan hasrat sekecil-kecil manusia untuk menerima, menyokong atau menolak akan sesuatu sistem, kepimpinan dan cara hidup dalam masyarakatnya. 

Justeru itu walaupun 15.16 peratus atau 12,416 pemilih Melayu-Islam di Parlimen Bukit Gelugor mungkin tidak mampu menyekat kemenangan calon DAP dalam Pilihanraya Kecil 25 Mei ini, mereka tetap mampu menghantar mesej demokrasi yang jelas. 

Tindakan “bo-sokong” ini akan merentap jumlah majoriti calon DAP. Namun ini perlu dilakukan oleh setiap pengundi kecil Melayu-Islam dan diatur oleh pimpinan PAS.

PAS harus “mengurangkan” rekod mendiang Karpal Singh yang memungut majoriti 41,778 undi dalam pilihanraya umum tahun lalu demi  menghantar mesej bahawa ia tidak akan sokong pihak yang meremehkan perintah Allah. 

Soal calon DAP akan kalah tidak timbul. Ini kerana 60,809 (74.25%) daripada 81,897 pengundi parlimen Bukit Gelugor berketurunan Cina. Sementara 8,312 lagi berketurunan India. Kehilangan 15.16 peratus undi Melayu tidak akan menewaskan DAP. 

Ini bukan khianat atau mahu meruntuhkan gabungan Pakatan Rakyat. Ini ialah untuk membela maruah Islam dan menpertahankan kemuliaannya. Suara 12,416 pengundi Melayu harus mengisyaratkan DAP berhenti mempertikaikan hukum Allah.

Yang PAS mahu lakukan ialah, memenuhi tanggungjawabnya yang telah 24 tahun diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan memerintah negeri itu termasuk tugas melaksanakan hudud. 

Malangnya DAP enggan memahami hakikat ini. Sebaliknya ia menyanggahnya boleh menjadi unsur perpecahan bangsa Malaysia. PAS perlu berusaha menambah nilai suara bagi setiap undi pengundi Islam di kawasan parlimen itu. 

Maka sudah tentu tidak wajar pemimpin PAS menggesa ahli dan penyokongnya supaya terus mengundi calon DAP walaupun dalam gelanggang politik Bukit Gelugor DAP meletakkan hudud dalam kandang orang salah!

Hudud dibicarakan di atas tuduhan ia adalah perosak keamanan dan ketenteraman awam sedangkan Allah menetapkan hudud dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup umat yang harmoni.

Yang menggerunkan ialah, sikap sekutu PAS dan DAP, iaitu PKR yang jelas keberatan mempertahankan keluhuran dan kebijaksanaan perintah Allah ini. Sekaligus ia merangsang komponen bukan Islam dalam BN turut bersorak mengatakan bahawa hukum Allah itu perosak masyarakat. 

Yang terdakwa dan tersudut ialah hudud dan akhirnya kehormatan Islam. Jika PAS masih mahu bersahabat dengan DAP yang makin galak meremehkan hukum Islam, setiap muslim wajib bermufarakah darinya. 

Dalam PRK ini PAS seharusnya menganjurkan setiap ahli dan penyokongnya membuat satu penegasan politik – DAP dan bukan Muslim harus berhenti meremehkan perintah Allah.

Setiap undi untuk calon DAP bererti membesar dan melebarkan lagi permusuhan terhadap hukum Allah. Suatu penegasan politik perlu. Membantu Pakatan Rakyat menang besar dalam PRK ini hanya akan membesarkan lagi ego pembenci hudud.

PAS ada pilihan. Umno nampaknya rasional dalam isu ini. Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Umno tidak pernah menentang hukum hudud. 

Sehubungan itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil langkah cermat supaya impian murni PAS dan setiap muslim agar hukum Allah ini diterapkan dalam kehidupan moden dengan hikmah dan bijaksana. 

Beliau mencadangkan panel teknikal terdiri pakar perundangan Islam dan ulama dibentuk untuk memperhalusi pemahaman, kefahaman dan juga pelaksanaan hudud.  

Pandangan ini disambut baik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ini menghantar isyarat bahawa demi kebenaran setiap muslim tanpa mengira fahaman parti politik harus bekerjasama mendaulatkan hukum Allah.

PRK Bukit Gelugor bukan sekadar mencari ganti mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Ia adalah peluang untuk PAS dan pengundi muslim membezakan apa itu isu politik dan apa pula pendirian agama. 
  
PAS boleh memilih menjadikan hudud isu politik atau menjadikan hudud isu iman. Apapun PAS perlu membuat satu pernyataan politik bahawa DAP, PKR dan parti bukan Islam dalam BN harus menerima pendirian politik Islamnya.

Jangan kalut. Jangan mudah terikut-ikut. Pendirian mesti tegas dan jelas. Hudud adalah soal agama. Ia adalah soal keimanan. Iman adalah penentu bagaimana menghadapi kehidupan dan kematian.

5 comments:

  1. Itu mamak ahli umno ka bro..hahaha..taktik membohong yg ketinggalan zaman oleh umno..cuba lagi..yg nyata..bn makan tanah la dlm prk ni..

    ReplyDelete
  2. Anon 10.24 a.m.

    Itu je la standard kamu berhujjah. Mana2 yg kamu tak suka semua kamu salahkan UMNO.

    Allah swt bagi otak tu suruh fikir. Kalau tak yakin buta kajian, baru buat statement.

    Spesis menyondol.

    ReplyDelete
  3. Sama mcm sedara saya penjual kuih, kata saya 'merepek' bila kalah hujah dgn saya, atau die tak berhujah pon, trus cakp benda tu. Sdgkan ikut akademik dan pangkat, saya jauh lbh tinggi. Tapi senyum je la sbb sedara walau dlm hati kecewa dgn sikap dia. Itu la perangai org yang bersikap mem####buta. Tapi bila ugut nak report hubby die yg kerje gomen, tau takut plak. Kalo betul berani, knape takut? Kata geng die rezeki Tuhan tentukan, kan gitu?

    ReplyDelete
  4. Dia orang ni, kalau kita kata yang mereka itu salah itu dan salah ini, muka mereka semua tersengeh-sengeh je macam beruk berak kapur. Mengaku salah tak nak..

    ReplyDelete
  5. hek eleh, cakap besar penakut nak mampus. mca = gerakan = umno tak dak batu...mat said lagi gempaq.

    - umno lingkup

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.