Thursday, May 8

MELAYU BUKAN SEKADAR NAMA ATAU KAUM......... @NajibRazak


Lima justifikasi kukuh sejarah dan moral berkenaan ‘hak istimewa orang bumiputera khasnya Melayu’.

"Pertama, peranan orang Melayu adalah memberi identiti kepada kawasan ini –“the role of identity giving’. Sebab orang Melayulah maka tempat ini dipanggil ‘Kepulauan Melayu’, ‘Tanah Melayu’ atau kemudiannya ‘Malaysia’. Tanpa peranan ini kita tidak ada identiti. A nation without an identity, is not a nation. A person without a nation is lost. Sebab itu kita ada passport, surat beranak dan kad pengenalan.

Kedua, orang Melayu yang beragama Islamlah, bukan sahaja telah memberi identiti tetapi membawa tamadun antarabangsa ke rantau ini. Orang asli yang asal, walaupun mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri, namun 'they did not create a civilization of international nature', sebuah tamadun yang bertaraf antarabangsa yang menyatukan antara orang Minang, Jawa, Banjar, Bugis, Kelantan, Johor dan sebagainya dengan satu bahasa (Melayu) dengan satu agama (Islam). Di peringkat antarabangsa, tamadun ini menghubung kepulauan ini dengan India, Turki, China dan Afrika melalui Islam dan sebagainya.

Ketiganya, setiap darah yang tumpah; di laut, disungai, di pasir dan di bukit, demi mempertahankan rantau ini daripada orang Siam, orang Portugis, komunis, British dan Jepun, kebanyakannya adalah darah orang Melayu dan Islam – 'to protect and preserve factor'. Bukan orang lain."

Keempat, seterusnya bila British membawa orang India dan Cina datang ke sini, para nasionalis Melayu hanya menentang British, mereka tidak mengganggu gugat orang Cina dan India. Malah mereka menjadi tuan rumah (host) yang mesra. Mereka menjadi pelanggan (customer) kepada penjual-penjual Cina dan India dan menjadi jiran-tetangga yang baik. Kalau orang Melayu Muslim tidak memerintah yang baik, dan tidak menjadi pelanggan yang baik maka orang-orang Cina dan India tidak boleh menjadi peniaga yang berjaya sebab majoriti pelanggan adalah orang Melayu.

Ini adalah dari sudut moral, kalau orang Melayu tidak bermoral sebagai pentadbir-pelanggan dan jiran-tetangga, orang Cina dan India tidak boleh berjaya kerana orang Melayu akan memeras, mengganggu, merompak dan sebagainya.

Kelima, nasionalis Melayu tidak mengikis hak hak tabi'i bangsa lain seperi agama, bahasa dan kebudayaan mereka. Jarang jarang sekali kita dengar atau kita baca berita tentang sekolah, rumah, kuil atau perniagaan orang orang Cina atau India diceroboh semata mata kerana perbezaan bangsa dan agama mereka. Jarang jarang sekali kita terdengar orang orang Cina atau India baik lelaki mahupun perempuan dibelasah atau perkosa semata mata kerana perbezaan kaum atau agama. Jika berlakunya jenayah, perlakuan tersebut bukan didorong sikap yang membencikan sesuatu kaum atau agama tetapi sifat jahat yang asli.

(Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (CASIS) dlm membahaskan 'Hak Bumiputera' Rujukan m/s 12-13, Monograf Siri 6 Wacana Ilmiah 'Pembangunan di Malaysia Kearah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna', terbitan INMIND (2002).)

4 comments:

  1. BANGSA LAIN PUN BUKAN SEKADAR NAMA ATAU KAUM......... @NajibRazak

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali. Jadi bangsa lain yang menjadi rakyat Malaysia wajib akur dengan kehendak orang Melayu. Janganlah diberi betis nak peha

    ReplyDelete
  3. akur?terima kasih je lah

    ReplyDelete
  4. Percaya atau tidak..orang- orang Melayu semakin terhimpit di Pulau Pinang..kerajaan Barisan Nasional yg dikepalai UMNO tak akan dapat lagi memerintah Pulau Pinang..SEBAB..orang2 cina bijak memainkan peranan..orang2 Cina MCA,GERAKAN menyokong DAP untuk menidakkan kuasa Melayu ke atas Pulau Pinang..mereka mahu kan Pulau Pinang di bawah kuasa cina..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.